Musnah Harapan! Binance Tak Jadi Beli FTX!

701

Syarikat gergasi exchanger kripto, Binance dilaporkan untuk tidak meneruskan perjanjiannya yang berhasrat bagi membuat pembelian FTX.

Hal ini berikutan kerana pasukan Binance telah bertindak menyelidik secara mendalam tentang kerja dalaman exchanger kripto FTX susulan mereka harus mengenalpasti adakah berbaloi jika membeli syarikat tersebut.

Rentetan itu, kajian tersebut mencapai penghujungnya apabila Binance mendapati bahawa FTX dipenuhi sejumlah beban hutang.

Malah, syarikatnya turut berdepan kesalahan pengurusan dana pengguna dan kini sedang berada dalam penyiasatan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Difahamkan bahawa perjanjian itu tidak ditetapi Ketua Pegawai Eksekutif Binance (CEO) Changpeng Zhao (CZ) ekoran terdapat kenyataan rekod kewangan FTX yang menyaksikan prestasi yang lemah.

Sehubungan itu, eksekutif tertinggi Binance dan pasukannya meluahkan kebimbangan kerana ia mampu memberi impak negatif terhadap syarikat tersebut.

Umumnya, Binance dikatakan menandatangani perjanjian pembelian itu kerana mereka berkeinginan untuk menyelamatkan FTX daripada kekangan kecairan.

Namun begitu, perancangan tersebut gagal dalam sekelip mata kerana tindakan pembelian FTX difahami akan menimbulkan lebih banyak masalah.

Setakat penulisan ini, token FTT yang dimiliki oleh FTX kini berlegar-legar pada zon harga $1.67 sejurus selepas kenyataan Binance itu dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat