Musykil Macam Mana Iran, Rusia Dapat Maklumat Data Pengundi AS?

330

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mendakwa Iran dan Rusia mempunyai maklumat pendaftaran sesetengah pengundi di negara itu.

Menurut agensi berkenaan, Iran dilaporkan telah menghantar emel berbentuk ugutan kepada pengundi parti Demokratik.

Pengarah Perisikan Nasional, John Ratcliffe berkata kesemua emel terbabit ‘dihantar menerusi’ kumpulan yang pro kepada Presiden AS, Donald Trump dan berhaluan kanan iaitu Proud Boys.

Iran dikatakan menggodam emel Proud Boys dan seterusnya menggunakan alamat emel kumpulan itu untuk mengugut pengundi.

Ujar Ratcliffe, emel tersebut dihantar bagi mencetuskan ‘pergolakan’, menakutkan pengundi dan merosakkan imej Trump.

Tambah beliau lagi, data pengundi berkemungkinan digunakan untuk menyebarkan maklumat palsu tentang sistem demokrasi AS.

Ratcliffe turut memaklumkan Rusia ‘masih berdiam diri’ meskipun pihaknya menyedari negara itu turut memiliki data pengundi AS.

“Sekiranya anda menerima emel yang menakutkan dalam peti masuk anda, jangan takut dan jangan sebarkan,” ujar Ratcliffe.

Dalam pada itu, Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Christopher Wray menegaskan sistem pilihan raya AS masih selamat dan kukuh.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat