My Precious! Warner Bros Bakal Jual NFT Lord Of The Rings!

296

Syarikat gergasi Warner Bros. Discovery bakal melancarkan non-fungible token (NFT) The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring yang merangkumi versi filem 4K pada 21 Oktober.

Suka dimaklumkan bahawa Warner Bros. Home Entertainment dan syarikat blockchain Eluvio telah bekerjasama bagi mengeluarkan koleksi NFT tersebut yang disertakan ‘extended version’ filem 2001 dalam 4K UHD, galeri imej serta koleksi AR tersembunyi.

Secara konteks, NFT The Fellowship of the Ring bukan sahaja mewujudkan “Mystery Edition” berharga $30 serta “Epic Edition” pada $100 malah menu navigasi turut dicipta untuk The Shire, Rivendell dan Mines of Moria.

Diperjelaskan, Warner Bros merupakan studio besar pertama yang memberi pengalaman unik kepada peminatnya dengan mengeluarkan filem Fellowship of the Ring Web3 sebagai NFT.

Tambahan pula, syarikat tersebut yakin ia akan mengembangkan pasaran NFT melalui tajuk filem lain diterbitkannya dan menubuhkan tapak web yang berfungsi sebagai usaha niaga WB Movieverse.

Menurut Jessica Schell, Pengurus Besar Warner Bros. Entertainment menyatakan bahawa NFT filem Lord of the Rings telah menghasilkan 999 salinan “Epic Edition” dan 10,000 “Mystery Edition” agar peminatnya dapat merasai eksklusifiti.

Sementara itu, NFT dan mata wang kripto dikatakan mendapat perhatian dalam ruang teknologi pada tahun lepas, namun segelintir pihak berpendapat bahawa teknologi tersebut akan mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar susulan tenaga yang harus digunakan semasa mining aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat