MyCC Tingkatkan Siasatan Ke Atas Grab!

851

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang rancak menjalankan siasatan anti monopoli ke atas syarikat e-hailing, Grab Holdings Inc bagi meningkatkan lagi usaha kerajaan untuk membawa persaingan yang lebih kukuh kepada ekonomi negara.

MyCC bertindak sebagai badan separa kehakiman yang melindungi proses persaingan di Malaysia dengan menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 bagi meningkatkan kualiti, mewujudkan pilihan yang lebih luas kepada pengguna serta harga yang kompetitif bagi barangan dan perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC memaklumkan bahawa pengawal selia anti monopoli sedang meningkatkan siasatan ke atas Grab susulan terdapat banyak aduan sejak tahun lepas yang mendakwa Grab mengamalkan monopoli selepas mengambilalih operasi Uber Technologies Inc.

Sementara itu dalam kenyataan terbaru Grab, syarikat itu tidak menyedari bahawa mereka telah melanggar undang-undang persaingan di Malaysia selepas pengambilalihan Uber. Bagaimanapun, syarikat itu tetap memberikan kerjasama sepenuhnya kepada MyCC berhubung siasatan tersebut.

Grab dan Uber masing-masing telah dikenakan denda berjumlah S$6.42 juta dan S$6.58 juta oleh Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) pada tahun September 2018 kerana melalui penggabungan tersebut telah mengakibatkan peningkatan harga yang ketara dalam pasaran penyedia perkhidmatan pengangkutan e-hailing.

Pesaing Grab, Gojek akan memasuki pasaran Malaysia selepas Kabinet meluluskan konsep perkhidmatan e-hailing motosikal di negara ini yang dikatakan akan memberi peluang pekerjaan kepada anak muda dan memudahkan pengguna untuk mendapatkan pengangkutan awam dengan kos yang lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat