MYR/USD Kukuh Bersama, Keputusan OPR BNM Dinantikan!

264

Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada awal dagangan Rabu walaupun berlaku permintaan yang stabil dalam sokongan mata wang Amerika Syarikat itu.

Jam 9 pagi tadi, ringgit berada pada 4.7050 berbanding USD daripada ia ditutup semalam pada 4.7055.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Bhd, Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS masih bertahan sebagai petanda bahawa permintaan masih berdaya tahan di tengah-tengah harapan penurunan kadar faedah.

Baru-baru ini, kenyataan Presiden Fed Jerome Powell kepada Kongres AS mencadangkan bahawa Fed berada di landasan untuk mengurangkan kadar sekiranya data ekonomi memerlukan tindak balas segera.

Katanya lagi, pemotongan kadar yang terlalu sedikit dan lewat boleh merisikokan ekonomi sementara. Powell juga mengakui bahawa inflasi bukan satu-satunya masalah yang sedang dihadapi oleh Fed.

Dalam pasaran tempatan, para pelabur akan memantau mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk keputusan mereka mengenai kadar dasar semalaman (OPR) pada Khamis.

Pasaran meramalkan BNM kekalkan kadar tidak berubah pada 3.00% dan Fed akan bertindak mengurangkan kadarnya pada September.

Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 2.9140 daripada penutup Selasa 2.9219, naik lebih tinggi kepada 6.0158 berbanding pound British daripada 6.0273 dan naik berbanding euro kepada 5.0870/0935 daripada 5.0923/0977.

Ia juga diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding rakan setara Asean.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4829/4876 daripada 3.4848/4887 semalam dan meningkat kepada 12.9187/9402 berbanding baht Thailand daripada 12.9268/9456 sebelumnya.

Mata wang tempatan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 289.4/290.0 dan lebih tinggi sedikit berbanding peso Filipina pada 8.04/8.06 berbanding 8.05/8.06 sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat