Nafsu Pelabur Membuak-Buak, Pasaran Saham Meningkat Sementara Minyak Turun

457

Menjelang mesyuarat Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi esok (Khamis), 3 indeks utama Wall Street memaparkan trend menaik sementara harga minyak susut dengan harapan konflik Ukraine mereda.

Pelabur menjangkakan Fed akan melakukan kenaikan kadar pertamanya dalam masa 3 tahun sebanyak 25 mata asas, selain tumpuan terus terarah kepada rancangan penamatan program pembelian bon oleh bank pusat tersebut.

Pengerusi Plumb Balanced Fund Wisconsin, Tom Plumb, menyatakan tumpuan utama dunia kini terarah kepada mesyuarat Fed yang akan diadakan pada awal pagi Khamis jam 2.oo pagi waktu Malaysia.

Ekoran daripada itu, penanda aras hasil 10 tahun susut dari paras tertinggi 2 tahun pada 2.1544% selepas pada mulanya naik 2.169%, tertinggi sejak Jun 2019.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 1.82% pada 33,544.34, S&P 500 capai 2.14% pada 4,262.45 dan Nadsaq Composite tambah 2.92% pada 12,948.62.

Saham Eropah yang pada mulanya melantun, mengalami penurunan apabila laporan dari China menyatakan terdapat peningkatan kes koronavirus dan sekatan baharu.

Selain itu, krisis perang yang masih menghantui Ukraine walaupun terdapat dialog keamanan dan sedikit tanda-tanda positif, masih gagal mendokong lantunan saham di Eropah.

Indeks STOXX 600 hilang 0.28% dan tolok saham MSCI saham seluruh dunia naik 0.94% sementara indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun ditutup rendah 2.73%.

Bagi pasaran komoditi pula, harga minyak mengalami penyusutan 6% ke paras terendah 3 minggu selepas kebimbangan mengenai bekalan mengurang apabila krisis Ukraine mula mereda dan peningkatan kes Covid-19 di China mendorong lonjakan permintaan.

Niaga hadapan minyak Brent junam 6.5% pada $99.91 setong sementara minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS jatuh 6.4% pada $96.44 setong.

Kejatuhan harga minyak dan jangkaan kenaikan kadar oleh Fed membuatkan nilai dolar AS berbanding Euro serta sejumlah mata wang utama lain dengan indeks dolar susut 0.043% manakala Euro naik 0.04% pada $1.0943.

Aset safe-haven emas jatuh 1.8% pada $1,915.48 per auns sementara niaga hadapan emas AS susut 1.55% pada $1,929.30 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat