NAFTA Sebab Utama Pengukuhan Dolar Kanada (CAD) Sejak Isnin

517

Dolar Kanada (CAD) mengukuh berbanding US dolar bermula pada hari Isnin sehinggalah pada Rabu setakat pukul 4.43 petang. Kekuatan CAD disebabkan penyusutan US dolar yang mengimbangi jangkaan kenaikan kadar faedah Bank of Canada (BoC) yang semakin merosot.

Hal ini telah menyokong dolar Kanada dengan pair USD/CAD menurun sebanyak 115 pip sejak daripada hari Isnin. USD/CAD membuat penurunan dalam 3 hari berturut-turut sejak Isnin sehinggalah pada Rabu.

Apa yang menambah kenaikan CAD pagi tadi adalah disebabkan sentimen NAFTA yang semakin positif. Kerajaan A.S. tidak lagi akan meminta semua eksport kenderaan dari Kanada dan Mexico mempunyai 50% kandungan barangan dari Amerika Syarikat.

Hal ini dilihat sebagai pendekatan yang lebih lembut oleh Amerika Syarikat dari segi perdagangan sekaligus menyebabkan sentimen perdagangan sedikit pulih. Ini telah banyak memberi kesan positif kepada CAD pada pagi Rabu.

Matawang CAD menyusut melebihi 2% berbanding USD pada minggu lalu disebabkan oleh komen dovish dari gabenor BoC Stephen Poloz bahawa akan menaikkan kadar faedah secara perlahan selepas tiga kali kenaikan sejak Julai 2017.

Presiden Trump kelihatan “bersemangat” menjelang persetujuan dari rundingan semula North Amarican Free Trade Agreement (NAFTA), kata Presiden Kanada Justin Trudeu.

75% daripada keseluruhan eksport Kanada adalah ke Amerika Syarikat. Di sini boleh dilihat kebergantungan Kanada yang begitu besar terhadap Amerika Syarikat dan sebarang perubahan yang negatif dalam NAFTA akan memberi kesan kepada negara Kanada.

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL KLIK SINI.<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat