Nah! Pelabur Tersenyum Lebar Lihat BTC Kembali Meroket

924

Hari demi hari, para pelabur kripto terus menantikan pergerakan harga Bitcoin untuk menggapai semula paras ketinggian sepanjang masa (ATH) $65,000 atau paras yang lebih tinggi.

Permulaan awal minggu yang sedikit menggembirakan kepada pelabur yang dimana dapat dilihat harga BTC terus melonjak dengan drastik untuk kembali menguji paras $40,000.

Kenaikan drastik itu berkemungkinan didorong oleh perkhabaran bahawa Amazon bakal menerima pembayaran dalam matawang kripto.

Melihat kepada kenyataan yang dikongsikan, pelbagai sentimen positif yang dapat diperoleh berkaitan perkembangan matawang kripto.

Jika dilihat kepada carta BTC/USDT,

Pergerakan harga BTC terus melepasi zon RBS (resistance become support) $35,000-$36,000 dan dilihat sedang berlegar-legar di paras resistance $39,000.

Paras resistance $42,000 dijangka bakal menjadi paras tumpuan untuk ditembusi dan seterusnya akan memberi petunjuk awal untuk ‘meroket’ lebih tinggi.

Sekiranya paras resistance $42,000 juga berjaya ditembus, tidak mustahil untuk harga BTC kembali menuju ke paras tumpuan seterusnya sekitar $45,000.

Manakala jika pergerakan harga BTC kembali susut, zon RBS $35,000-$36,000 akan diuji semula untuk mempamerkan arah pergerakan berikutnya.

Penyusutan yang lebih rendah dijangka bakal kembali menuju ke paras RBS terendah sekitar $33,000.

Lonjakan harga BTC juga secara tidak langsung telah mendorong kebanyakan Altcoin untuk pamer kenaikan melebihi 10%-20% pada permulaan pergerakan minggu ini.

Setakat jam 12.30 tengah hari waktu tempatan, harga BTC meningkat lebih 8% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $38,300.

Lihat gambar carta matawang kripto BTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat