“Nak Buy ke Nak Sell Ni?” Soalan Ini Tanda Kerjaya Trader Anda Bermasalah.

3,447

Kasihan saya tengok bila ramai jugak trader dalam banyak group forex asyik komen tanya, “nak buy ke nak sell ni”

Pertanyaan ni datang disebabkan tiada analisis yang jelas untuk trade, tapi still nak masuk trade. Saya perhati je komen-komen setiap trader di situ.

Antaranya ada yang bulan lepas mengadu account stop out guna EA. Ada yang pernah mengeluh sebab dah 3 tahun trade, tapi tak profit-profit langsung. Ada yang pernah mengamuk sebab kena scam bagi duit pada orang untuk trade yang janjikan bulan dan bintang, tapi account burned.

Tapi sehingga kini, masih komen sana sini tanya “nak buy ke nak sell ni?”.

Pada saya, semua ini berkait rapat dengan ilmu dan bertapa seriusnya kita dalam bidang ini.

First sekali perlukan ilmu yang mendalam untuk belajar analisis sendiri. Jadi tak perlu lagi kita tergapai-gapai tanya nak buy ke nak sell.

Tak cukup dengan tanya orang lain, ada juga yang PM tanya saya buy atau sell. Terus terang saya memang tahu nak buy atau nak sell, tapi saya pun tak tahu adakah pilihan itu tepat dan boleh profit.

Dan pilihan saya bergantung kepada money management saya, lifestyle saya, duit saya, modal trading saya dan banyak lagi.

Kita hanya analisis, profit bergantung kepada rezeki kita. Tapi atleast, ada analisis dan plan sebagai “usaha”.

Ada kajian untuk belajar. Tahu kenapa nak buy, kenapa nak sell, kenapa perlu stay away.

Ini setiap kali asyik tanya nak buy ke nak sell.

Kita kena serius dalam bidang ni. Bidang ini high risk. Jangan buang duit kalau tiada analisis. Rugi!

Kalau tanya kenapa tak analisis, jawapannya “tak reti.”

Tak reti, tak pandai, semua tu boleh belajar. Pergi baca website INTRADAY.my – semua lengkap ada.

Baca dan baca.

Tapi ada juga yang ada ilmu tapi malas. Ini masalah!

Kita kena ingat, just dengan rasa nak tikam buy atau sell ikut member tidak akan menjadikan kita boleh kaya dengan trade ni.

Rugi masuk bidang yang ada potensi ni tapi hentam keromo, tak serius.

Belajar lah. Buat analisis. Kalau faktor kerja, tak sempat nak tengok chart bagai, cari time yang betul-betul sesuai untuk trading, ikut waktu pekerjaan.

Kaji dan buat sistem sendiri, trade pada waktu-waktu tertentu dan set and forget mungkin. Apa-apa sajalah, tapi perlu buat sesuatu sebelum anda terus rugi dalam bidang ini.

Sayangilah duit anda. Jadilah trader yang mempunyai etika professional.

Moshed Mohamad
Founder
INTRADAY.my
Website Forex No 1 di Malaysia

Nota : Artikel ini diolah balik dari penulisan saya di Facebook. Boleh follow Facebook Personal saya – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat