Nak Elak Cukai, Pedagang Kripto India Lari Ke Binance

170

Changpeng Zhao (CZ), Ketua Pegawai Eksekutif Binance Holdings Ltd mengetatkan cengkamannya dalam perdagangan mata wang kripto di India berikutan kegoyahan platform di India ekoran faktor perubahan cukai yang besar.

Rentetan itu, muat turun aplikasi Binance di India meningkat 429,00 pada bulan Ogos, malah syarikat tersebut merupakan bursa teratas yang mencapai muat turun tertinggi di India berbanding prestasinya pada bulan Julai.

Hal ini kerana, Binance cepat mengambil peluangnya dengan menyelesaikan masalah negara India yang bergelut dengan cukai tinggi ke atas urus niaga kripto serta kesukaran memindahkan wang dari tempat perdagangan.

Buktinya, sokongan terhad daripada sistem perbankan menyukarkan pelabur untuk membiayai akaun atau menukar token kepada mata wang fiat walaupun peraturan yang diperkenalkan tahun ini menghalang kerugian perdagangan kripto.

Sebagai konteks, Zhao mengatasi pesaing melalui yuran rendah, kepelbagaian tawaran serta perbezaan dalam cara pertukaran asing yang membuatkan pergerakan token dan tunai lebih mudah.

Menurut pengguna aplikasi Binance, platform asal India telah memotong levi* tetapi firma lain seperti Binance dan FTX tidak membuat perkara tersebut.

*Levi merupakan rangkaian pembayaran kewangan terdesentralisasi yang membina semula timbunan pembayaran tradisional pada blockchain

Tambahan pula, Rohan Misra, ketua pegawai eksekutif di SEBA, India, anak syarikat SEBA Bank AG berpangkalan di Switzerland menyatakan bahawa peraturan cukai itu tidak jelas sama ada cukai 1% yang dipotong adalah pada sumber meluas atau niaga derivatif kripto.

Oleh demikian, Binance sedang memantau keadaan dan akan membuat pengumuman lanjut dalam masa terdekat walaupun FTX serta Kementerian Kewangan India enggan mengulas tentang perkara tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat