Nak Paksa Pilih CDBC, Nigeria Hanya Benarkan Pengeluaran Di ATM Sebanyak $45 Sehari!

264

Negara Nigeria tanpa berbincang menghadkan pengeluaran jumlah wang tunai terhadap rakyatnya bagi ‘menggalakkan’ penggunaan Mata Wang Digital Bank Pusat Nigeria (CBDC), eNaira serta menyokong dasar yang digubal mereka iaitu “cash-less Nigeria”.

Dasar tersebut bertujuan untuk menjadikan sistem pembayaran lebih cekap, mengurangkan kos perkhidmatan perbankan dan meningkatkan keberkesanan dasar monetari mereka.

Dimaklumkan oleh Bank Pusat Nigeria kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan kewangan, rakyat dibenar mengeluarkan wangnya daripada ATM sebanyak $45 sahaja sehari manakala $225 (individu) ataupun $1,125 (bisnes) seminggu.

Sementara maksimum pengeluaran melalui terminal tempat jualan (POS) dihadkan pada $45 sehari, namun individu mahupun perniagaan yang keluarkan melebihi had tersebut harus dikenakan yuran sekitar 5% dan 10%.

Menurut Pengarah Penyeliaan Perbankan Haruna Mustafa, para pelanggan digalakkan menggunakan saluran alternatif seperti perbankan Internet, aplikasi perbankan mudah alih, USSD, kad/POS dan eNaira bagi menjalankan transaksi perbankan masing-masing.

Tambahnya lagi, individu yang berhasrat mengeluarkan $45 daripada ATM dan wang tunai dari bank pada hari sama perlu dikenakan yuran perkhidmatan 5%.

Bank Negara Nigeria pula kini berusaha menggalakkan rakyat menggunakan CBDC susulan penduduk yang menggunakan eNaira sejak penubuhannya pada 25 Oktober masih kurang daripada 0.5%.

Menurut Gabenor bank pusat Nigeria, Godwin Emefiele menerangkan bahawa kebanyakan edaran eNaira telah dibuat oleh luar bank sebanyak 85% dan beliau yakin pembayaran digital negaranya mampu berkembang pesat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat