Nak Trade Demo Dulu ke, Depo Kecil, atau Terus Depo USD1000?

7,014

Ramai yang bertanya, jika mereka baru trade forex tetapi tak ada modal dan mahu rasakan “feel” real akaun bagaimana? Ya, saya akui. Keseronokan trading adalah apabila kita trade real money. Baru “feel” tu datang.

Sebenarnya dari segi penyesuaian anda perlu belajar trade demo akaun dahulu sebelum trade duit betul. Pada tahap ini ramai yang tahu dan akui, dah test segala jenis akaun demo. Dari USD5 sehingga USD100,000. Tetapi masih “tak feel.”

Pendapat saya, akaun demo bukanlah untuk anda rasa “feel” tersebut. Ia untuk anda berlatih bagaimana sebagai seorang yang baru dalam trading. Bagaimana buy dan sell. Strategi dan teknik apa yang menarik. Bagaimana kawalan margin. Bagaimana bertindak jika strategi trading salah. Akaun demo untuk tujuan itu. Masih ramai yang lupa tujuan akaun demo tersebut.

Jika anda nak rasa feel, anda boleh bermula dengan beberapa amount modal. Paling rendah yang kita tahu dan possible dalam forex trading adalah 5 USD dan tiada paling tinggi. USD 5 adalah sekitar RM20. Tetapi amount ini hanyalah sesuai jika anda nak rasa trading duit betul sahaja. Untuk dapatkan pulangan yang berbaloi dari amount ini adalah suatu yang mustahil dan high risk. Kita tahu lebih ramai forex trader yang baru, akan hangus modal jika deposit sebanyak ini. Dan akan berulang membuat deposit sehingga mungkin kalau dikumpulkan jumlah deposit, mencecah 5 angka. Ini kerana deposit sikit-sikit dan ia sangat high risk.

Amount 5 USD adalah tidak logik jika anda nak dapatkan percentage daripadanya. Takkanlah anda nak dapatkan 10-15% sebulan dari 5 USD. Ia sangat membuang masa dan tenaga. Tidak berbaloi anda mengadap chart lama-lama.

Dan pada pandangan saya, No Deposit Bonus iaitu Modal FREE yang ditawarkan broker seperti SaracenMarkets berjumlah 5 dollar adalah salah satu cara untuk anda betul-betul rasa feel sebelum terjun dalam bidang ini secara serius.

Sebab modal free ini tidak perlu deposit dan boleh withdraw jika anda membuat keuntungan.

Anda boleh dapatkan USD5 Modal Free itu di sini.

Modal ini disediakan supaya anda merasa feel trading real money sebab memang real money yang diberikan itu.

Pendapat saya, amaun paling sesuai jika anda nak mulakan dan stabil dalam bidang ini adalah sekitar USD1000. Ya! Seribu dollar!

Tetapi seperti kita sedia maklum, ramai yang tidak sabar untuk mula merasakan realiti trading forex ini. Jadi ramai yang ambil keputusan deposit permulaan yang sangat rendah yang kadang-kadang berisiko bagi yang tidak menguruskan akaun dengan baik.

Rasional modal USD1000 adalah bagi mendapatkan keuntungan yang memuaskan dengan cara ‘pengurusan risiko’ teratur di samping ‘pengurusan emosi’ yang baik. Tanpa kedua-dua ini, walau anda mempunyai satu teknik yang ‘power’ anda tak akan ke mana.

Jika tidak anda perlu kembali ke demo akaun. Cara ini lebih bagus dan anda akan menimba pengalaman yang lebih selamat dan menarik dalam forex trading ini. Selamat mencuba.

Untuk tips menguruskan akaun pula, anda boleh klik link di bawah ini.
Ini Cara Full Time Forex Trader Manage Risiko Akaun Untuk Hidup Hasil Profit Forex – Baca disini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat