Nak Trade Pada Sesi New York? Lihat Dulu Apa Terjadi Dalam Pasaran

834

Pergerakan pasaran yang terhad berterusan sehingga ke sesi Eropah, memperlihatkan kebanyakan mata wang terus berlegar di sekitar harga yang sama.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih rendah telah membataskan pergerakan US dolar selepas raja mata wang itu meningkat tinggi susulan kenyataan hawkish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Terdahulu, Powell mengatakan bank pusat mungkin mempertimbangkan langkah pengurangan lebih cepa dalam pembelian bon kerana kebimbangan tekanan inflasi yang meningkat.

Namun, keterujaan dalam pasaran kembali mereda, membawa tumpuan pelabur untuk beralih kepada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada hari Jumaat, yang diharapkan akan terus menunjukkan pemulihan dalam pasaran buruh pada bulan November.

Sebelum itu, penerbitan data tuntutan pengangguran AS pada malam ini akan diteliti terlebih dahulu sebagai petunjuk kepada laporan NFP.

Mengikuti perkembangan mata wang Eropah, pound diniagakan sedikit berubah pada 1.3300 berbanding US dolar setelah bangkit dari paras terendah 11 bulan yang disentuhnya pada Selasa.

Sementara mata wang euro pula mendatar pada 1.13200 pada sesi Eropah, bergerak seiring dengan dagangan dolar greenback yang terhad.

Di sisi lain, mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan kiwi kembali didagangkan rendah berikutan ketidakpastian yang berlegar dalam pasaran, membawa dagangan masing-masing ke paras terendah satu tahun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat