Nampaknya Harga Minyak Dalam Sesi Asia Pun Sama Naik Dengan Harga Minyak Petrol di Malaysia

56

Harga minyak mentah naik lebih tinggi dalam sesi dagangan Asia selepas OPEC bersetuju untuk merangka strategi jangka panjang bagi mengawal pasaran minyak mentah dengan menstabilkan pengeluaran.

Pun begitu, keuntungan kekal terhad kerana anggota OPEC dikatakan masih mengeluarkan jumlah pengeluaran yang tinggi.

Sementara itu, WTI mentah didagang meningkat sebanyak 9 sen daripada sesi sebelumnya.

Minyak brent pula dilaporkan meningkat sebanyak 3 sen dalam sesi dagangan ini.

OPEC pada Isnin telah meluluskan strategi jangka panjang dan mencapai kata sepakat dalam menguruskan jumlah pengeluaran. Pun begitu, keupayaan OPEC untuk mengawal harga sebelum ini masih menjadi tanda tanya dalam pasaran minyak mentah.

Harga minyak kembali meningkat sebanyak 13% semenjak OPEC mengumumkan untuk memotong pengeluaran. Namun, keputusan muktamad hanya akan diketahui pada penghujung bulan ini.

Bank Pusat Jepun Mengumumkan Pengekalan Kadar!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat