Nampaknya Robot Akan Menguasai Manusia Dengan Berita Terbaru Ini

816

Teknologi pada abad ini telah memungkinkan segala apa yang mustahil difikirkan dahulu. Terbaru, sebuah bank terkemuka dunia telah mengambil manusia digital untuk berkhidmat sebagai pegawai khidmat pelanggan di bank mereka.

Royal Bank of Scotland (RBS) sebuah bank terkemuka yang berpangkalan di UK mengambil ‘Cora’ untuk membantu pelanggan-pelanggannya dalam penyelesaian asas kewangan di bank tersebut.

RBS yang telah mengurangkan cawangan-cawangan banknya telah mengumumkan
ribuan pengurangan pekerja pada tahun lalu bagi mengurangkan kos operasi. RBS dijangka hanya menggunakan Cora bagi mengendalikan pelanggannya jika ‘manusia digital’ itu lulus dalam tempoh percubaan.

Cora adalah ‘teller‘ di bank yang akan menjawab soalan-soalan umum tentang bagaimana untuk membuat pinjaman dan apa yang perlu dilakukan jika pelanggan kehilangan kad bank mereka.

Video di bawah menunjukkan bagaimana Cora berinteraksi dengan manusia, anda pasti terkejut:

Cora dicipta oleh sebuah syarikat bernama Natwest yang dikemudi oleh Kevin Hanley.

“Ia adalah cara baru untuk pelanggan-pelanggan mendapatkan bantuan perbankan dan juga berguna dalam menjawab soalan-soalan asas dalam perkhidmatan perbankan,” kata Hanley pengarah inovasi di Natwest.

Apa yang mengejutkan, Cora yang sedang diuji di RBS juga boleh digunakan untuk melatih staf-staf baru.

Eksperimental yang dijalankan oleh RBS ini adalah usaha terbaru industri perbankan menyesuaikan diri dengan perubahan sikap pelanggan dan juga perubahan teknologi yang semakin pantas.

Apa yang sedikit merisaukan adalah komen daripada Ketua Pegawai Eksekutif Deutsche Bank, John Cryan tahun lalu iaitu: “Robot berkemungkinan akan menggantikan 48,000 pekerja manusia yang tidak effisien.”

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat