Nantikan GBP/USD Bakal Menggegar Di Sesi Eropah

647

Pound Sterling antara mata wang yang menjadi tumpuan para pelabur pada hari ini menjelang mesyuarat polisi bank pusat England pada sesi Eropah.

Keputusan mesyuarat pada jam 7 petang waktu Malaysia, Bank of England (BOE) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah namun kenyataan susulan bank pusat untuk petunjuk polisi akan diberi perhatian.

Selepas mesyuarat terbaru, ekonomi UK dilihat menunjukkan perkembangan yang positif. Oleh itu, penganalisis tidak menolak kemungkinan untuk BOE mengetatkan polisi monetari mereka walaupun masih pada tempoh yang awal.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat mendatar menuju penghujung minggu selepas lonjakan ketara dipamerkan harga di awal minggu.

Selepas melonjak dari zon RBS (resistance become support) 1.38000, peningkatan harga terhalang di paras rintangan 1.39200.

Dagangan Rabu semalam juga melihatkan harga menguji paras rintangan tersebut sementara penurunan harga disokong oleh paras Moving Average 50 (MA50) untuk rangka masa 1 jam pergerakan harga yang akan menjadi petunjuk arah selanjutnya pada carta GBP/USD.

Sekiranya situasi kenaikan harga berlaku, harga yang melonjak melepasi rintangan 1.39200 akan kembali dijangkakan untuk menuju zon resistance tumpuan 1.40000 seperti yang diuji pada dagangan April lalu.

Sebaliknya jika harga menjunam, zon RBS 1.38000 akan kembali menjadi tumpuan harga semula. Pelabur akan menilai reaksi harga pada zon tersebut sama ada ingin meneruskan penurunan lebih rendah.

Penurunan seterusnya dilihat akan menuju sehingga ke zon support 1.37000 yang menyokong harga untuk melonjak semula pada dagangan Mac dan April lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat