Nantikan Mei Ini! Aset Kripto Bank Pusat Akan Di Uji Cuba!

1,177

Disaat negara-negara lain sedang dalam proses mengusahakan matawang digital bank pusat (CBDC) mereka sendiri pada hari Selasa, Bank of Jamaica (BoJ) mengumumkan akan segera menguji cuba projek CBDC mereka.

BoJ dilaporkan akan bekerjasama dengan firma teknologi Ecurrency Mint Incorporated dan merancang untuk menguji matawang kripto Bank Pusat bermula bulan Mei ini. Negara yang terletak di Kepulauan Carribbean akan memulakan proses percubaan pada bulan Mei dengan kerjasama beberapa syarikat teknologi bagi membantu penyelesaian CBDC, antaranya ialah Ecurrency Mint.

Menurut BoJ, proses percubaan ini akan menelan waktu sehingga 7 bulan lamanya bermula dari bulan Mei sehinggalah akhir Disember 2021.Tambah mereka, CBDC akan dintegrasikan dengan wang kertas dan duit syiling Jamaica.

Ecurrency Mint akan menjadi pelopor keapda perisian dan sekuriti protokol kriptografi bagi membolehkan bank pusat mengeluarkan, mengedarkan dan mengawasi CBDC dengan selamat.

Selain negara Jamaica, beberapa negara yang sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan CBDC adalah China, Sweden,EU, Marshall Islands, dan Bahamas.Disisi lain beberapa negara telah mempertimbangkan untuk membangunkan CBDC atau memulakan perbincangan mengenai pembangunan tersebut adalah negara-negara seperti Amerika Syarikat, Singapura, UK, Korea Selatan, Jepun, dan Kanada.

Tamsilannya, perkara ini menunjukkan bahawa kripto adalah satu teknologi yang tidak boleh lagi diabaikan dan dijangka akan terus mendapat perhatian yang lebih meluas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat