Nantikan Sidang Dewan Rakyat Yang Bakal Bermula Pada 18 Mei!

255

Menurut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, sidang pertama sesi ketiga Parlimen ke-14 akan bermula pada 18 Mei. Perkara tersebut telah dimaklumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, beliau mendedahkan bahawa persidangan tersebut terbahagi kepada 3 perhimpunan dalam tempoh 68 hari. Pasti ramai yang tertanya-tanya berkenaan butiran persidangan kali ini!

Upacara pembukaan Majlis Parlimen ke-14 akan dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 18 Mei jam 10 pagi. Di samping itu, persidangan pertama akan diadakan selama 15 hari bermula 18 Mei hingga 23 Jun.

Berikutan dengan perayaan Aidilifitri dan Hari Gawai, persidangan tersebut akan dihentikan seketika pada 26 hingga 28 Mei dan 1 hingga 2 Jun serta 8 Jun sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Seterusnya, persidangan Dewan Rakyat yang kedua bakal berlangsung selama 17 hari bermula 27 Julai hingga 27 Ogos. Bukan itu sahaja! Kemuncak kepada persidangan ialah Rancangan Malaysia ke-12 akan dibentangkan pada 6 Ogos. Bersempena dengan perayaan Aidiladha dan sambutan Awal Muharram, dewan akan dihentikan pada 30 Julai dan 19 hingga 20 Ogos.

Manakala sidang ketiga dijadualkan selama 36 hari dari 28 September hingga 26 November dengan rehat pada 29 Oktober bagi memberi laluan kepada sambutan Maulidur Rasul. Pada 2 Oktober, jam 4 petang, Belanjawan negara akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan.

Justeru itu, setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat bakal mengeluarkan notis kepada semua Ahli Parlimen berkenaan persidangan tersebut. Di samping itu, pemeriksaan dengan pejabat Speaker mendapati bahawa sehingga semalam, tiada pihak atau individu yang telah menghantar usul untuk sidang kecemasan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat