NASA Cipta Tandas Untuk Angkasawan Bernilai $23 Juta!

247

Adakah wujud tandas yang bernilai jutaan dolar?

Macam mustahil tapi NASA membuktikan tiada yang mustahil termasuk tandas yang bernilai $23 juta!

Berdasarkan kenyataan dari NASA, tandas tersebut memiliki saiz 65% lebih kecil dan 40% lebih ringan berbanding tandas yang digunakan di stesen angkasa.

Misi yang dikenali sebagai Cygnus NG-14 akan menghantar kargo seberat 3,458 kilogram pada hari Rabu (waktu Malaysia) dari Wallops Flight Facility di Virgina ke International Space Station. Kargo itu juga turut mengandungi Universal Waste Management System.

Ciri tandas ini lebih istimewa dengan memiliki tempat duduk yang lebih selesa untuk anak kapal wanita, termasuk dwi-kipas pemisah titanium 3D yang mana berfungsi menyedut bahan buangan ke ruang tandas.

Berbeza dengan tandas yang sedang digunakan, cirinya agak kompleks dan sukar untuk anak kapal wanita menggunakan pada waktu yang sama.

Tidak cukup dengan itu, tanda itu juga memiliki sistem pretreat. Sistem tersebut akan mengumpul dan merawat urin sebelum diproses dan dikitar semula sebagai air minuman.

Jika tandas tersebut sesuai digunakan di stesen angkasa, pihak NASA merancang untuk membina lagi tandas bagi kegunaan di bulan dan Marikh.

Walau bagaimanapun, barisan angkasawan di ISS perlu menguji tandas itu selama tiga tahun bagi memastikan produk NASA bertahan untuk jangka masa yang lama ke planet lain.

Misi Cygnus NG-14 turut menghantar bekalan makanan, bahan kajian sains dan juga produk penjagaan kulit dari Estee Lauder.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat