Nasib Berbeza Menimpa Kedua-Dua Matawang Ini

36

Dollar Australia meningkat lebih tinggi berbanding matawang Greenback, manakala Dollar New Zealand mencatat kemerosotan kerana pasaran masih mencerna laporan ekonomi Amerika Syarikat yang merudum minggu lepas.

AUD/USD melaporkan peningkatan sebanyak 0.17%.

AUD/USD, 15 minit
AUD/USD, 15 minit

Jabatan Perdagangan AS mengumumkan pada Jumaat lalu, rekod jualan runcit tidak menunjukkan sebarang perubahan. Tambahan lagi, jualan runcit (teras) tidak termasuk jualan kereta pula menurun sebanyak 0.2%.

Dalam satu laporan berasingan, harga pengeluar AS juga merosot dari tahun sebelumnya.

Disamping itu, Universiti Michigan mengeluarkan laporan indeks sentimen pengguna meningkat dari angka Julai. Penganalisis juga mengandaikan bahawa indeks ini akan meningkat kepada angka yang lebih besar.

Sementara itu, NZD/USD merosot 0.36%.

NZD/USD, 15 minit
NZD/USD, 15 minit

US Dollar Index, yang mengukur kekuatan matawang gergasi itu tidak berubah ke paras 95.68.

Ketahui kisah kejayaan pemuda rumpai laut ini disini. 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat