Nasib Komoditi Ini Ibarat Digantung Tak Bertali

260

Harga minyak didagangkan sedikit susut pada pembukaan dagangan awal minggu, ketika pelabur menantikan perbincangan selanjutnya antara negara anggota OPEC+ yang masih belum mencapai kata putus untuk meningkatkan jumlah pengeluaran.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan di sekitar harga $76 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat diniagakan pada $75 setong.

Pada hari Jumaat, OPEC+ telah bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran sekitar 2 juta tong sehari pada bulan Ogos hingga Disember 2021 dan melanjutkan pemotongan sedia ada sehingga akhir tahun 2022.

Namun, cadangan ini telah mendapat tentangan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang enggan menyokong cadangan untuk melanjutkan pemotongan tersebut.

Sumber OPEC+ mengatakan bahawa UAE menuntut untuk menetapkan pengeluaran asasnya pada 3.84 juta tong sehari berbanding output semasa sebanyak 3.168 juta tong sehari.

Hal ini menyebabkan mesyuarat yang telah berlangsung sejak hari Khamis, terpaksa ditangguhkan berulang kali bagi memberi ruang kepada perbincangan lebih lanjut untuk mencapai kesepakatan.

Perbincangan OPEC+ akan bersambung semula pada hari Isnin, dengan harapan bahawa ia dapat berakhir dengan kesepakatan dari semua negara anggota.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat