Nasib Malang Ringgit Dalam Penetapan Kadar FOMC Khamis Ini

66

Tekanan terbaru kepada Ringgit dijangka akan berlaku minggu ini disebabkan penetapan polisi The Federal Reserve (Bank Pusat AS) atau lebih khusus lagi FOMC. Jika pihak The Fed menunjukkan kebimbangan kepada kadar inflasi yang terus meningkat dan juga kadar gaji, berkemungkinan kadar faedah akan dinaikkan.

Dengan jangkaan pasaran di paras tertinggi minggu lalu, kini The Fed begitu pasti akan menaikkan kadarnya pada mesyuarat 16 Mac.

Setiap kali penetapan kadar The Fed dalam mesyuarat yang dijalankan lapan kali setahun, seringkali ia memberi tekanan kepada mana-mana matawang global berikutan kecairan US dolar yang begitu tinggi.

Jadi, apa akan berlaku selepas penetapan kadar The Fed? Adakah Ringgit akan sekali lagi mencapai paras RM4.50 berbanding US dolar, jika kadar The Fed dinaikkan.

Jadi, apa akan berlaku jika kadar The Fed dinaikkan? Sudah tentu US dolar akan menguat dalam jangka masa yang lama dengan andaian ‘ceteris paribus’ (faktor lain tidak berubah).

Kenapa menguat? Ia disebabkan jangkaan hasil pelaburan yang lebih tinggi di AS. Para pelabur global akan lebih tertarik dengan hasil pelaburan (yield) yang lebih tinggi di AS berbanding Malaysia.

Oleh itu, permintaan kepada US dolar meningkat dalam masa yang sama penawaran wang US dolar dalam ekonomi domestik juga semakin berkurangan. Di Malaysia pula berkemungkinan Ringgit akan dijual lagi yang menyebabkan nilainya terus susut berbanding ‘greenback‘.

Kini Ringgit berada di sekitar RM4.45 bagi setiap US dolar dan berkemungkinan akan mencapai paras RM4.50 sekali lagi jika kadar AS tersebut dinaikkan.

Sebelum ini Bank Negara melaporkan Rizab asing Bank Negara Malaysia berada di paras USD95.0 Billion (RM 426.2 billion) pada tempoh berakhir 15 Februari berbanding US$98.3 bilion (bersamaan RM407.839 bilion) yang dilaporkan 15 Nov, 2016 lepas.

Ringgit dijangka tidak akan menguat semula berbanding US dolar tahun ini, kata penganalisis di IG Market Pan Jingyi, beliau mengatakan: “Dengan Federal Reserve yang akan menaikkan dua atau tiga kali kadar tahun ini dan jangkaan positif pertumbuhan ekonomi US, US dolar akan menguat selagi lagi tahun ini. Hal ini pula akan melemahkan Dolar Singapura dan semakin melemahkan Ringgit yang telah sedia lemah.”
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat