NATO-Ukraine VS Rusia!

718

‘Ini betul punya perang ni!’

Negara-negara bersekutu NATO mengumumkan bantuan persenjataan ke Kyiv, dalam usaha Ukraine menyerang balas terhadap serangan peluru berpandu Rusia.

Difahamkan United Kingdom (UK), Kanada, Perancis, Belanda, Jerman termasuk Amerika Syarikat (AS) berikrar untuk menghantar sejumlah senjata udara yang akan digunakan sebagai serangan balas.

Anggota negara-negara bersekutu NATO lain turut merancang untuk menyalurkan bantuan mereka.

Hal tersebut diumumkan wakil Ukraine sendiri selepas negara itu menghadiri persidangan NATO di Brussels, Belgium.

Umumnya, Rusia kembali menyerang Ukraine pada awal minggu ini selepas Kyiv dikatakan mengebom jambatan Crimea yang meghubungkan kedua-dua negara pada awal minggu ini.

Kerajaan pimpinan Vladimir Putin menuduh bahawa perisik Ukraine bertanggungjawab terhadap pengeboman tersebut lantas mengambil tindakan balas dengan melancarkan peluru berpandu.

Rentetan daripada tindakan tersebut, 19 nyawa dilaporkan telah terkorban apabila peluru berpandu Rusia menghentam pusat Kyiv.

Menurut datuk bandar, Oleksandr Senkevich, serangan bukan sahaja mengorbankan nyawa malah memusnahkan banyak bangunan-bangunan penting di Kyiv.

Berbalik kepada ikrar bantuan sekutu NATO, UK dikatakan akan menyumbangkan ratusan peluru berpandu serta dron bagi kemudahan Ukraine memantau dan mengumpul maklumat.

Presiden Prancis, Emmanuel Macron turut mengatakan negaranya akan menyumbang senjata termasuk Belanda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat