Nayib Bukele -“Game Over” Untuk Mata Wang Fiat!

3,355

Presiden Salvador, Nayib Bukele pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan yang berbau mengugat pasaran kewangan traditional dengan membuat penekanan dalam kenyataan Twitter beliau yang menegaskan bahawa matawang Fiat akan selesai jika Bitcoin mula diterima secara besar-besaran.

Prsiden Bukele masih mengekalkan nada yang pro-BItcoin dan secara terus mengekalkan aktiviti pembelian Bitcoin. Dalam tweet terbaru, Bukele merakamkan sedikit kekecewaan kerana El-Salvador sering mendapat kritikan daripada organisasi antrabangsa sejak melaksanakan undang-undang yang membolehkan Bitcoin menjadi Legal Tender.

Namun begitu, beliau menekankan bahawa disaat seluruh dunia memandang sinis terhadap terhadap percubaan yang dilakukan oleh beliau, El Salvador berjaya mengubah situasi ekonomi negara melalui penggunaan Bitcoin pada berskala yang besar.

Bukele menegaskan bahawa apabila Bitcoin sudah mendominasi ekonomi maka matawang fiat hanya akan menjadi sebagai pelengkap sahaja. Pada ketika itu, El Salvador akan dianggap pemain penting yang membawa revolusi.

Walaupun Salvador mendapat kritikan global terutama daripada IMF, Presiden Bukele masih menaruh kepercayaanya terhadap Bitcoin. IMF telah mengeluarkan amaran kepada El Salvador dan mengekalkan pendirian mereka yang anti-kripto.

IMF memberi peringatan dengan menekankan walaupun mencatat keuntungan, penggunaan tender sah Bitcoin berpotensi mendatangkan kemudaratan ekonomi kepada pengguna dan kestabilan kewangan negara kerana turun naik Bitcoin yang tinggi. Tambahan pula, IMF mencadangkan pihak berkuasa Salvador untuk mengecilkan skop undang-undang Bitcoinnya, bersama-sama dengan pengukuhan peraturan dan pengawasan ekosistem pembayaran baharu.

Walau bagaimanapun, di sebalik tindak balas dan kejatuhan pasaran yang berlipat ganda, negara itu masih membeli di setiap penurunan harga Bitcoin dan turut meraih faedahnya.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat