Nazir Razak Tinggalkan CIMB Selepas Hampir 30 Tahun Berkhidmat

898
Nazir Razak adik kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak akan meninggalkan CIMB selepas 29 tahun berkhidmat.

 

Hal ini dinyatakan sendiri oleh CIMB Group Holding Bhd yang merupakan bank kedua terbesar Malaysia. Dalam kenyataan pada Isnin, CIMB menyatakan bahawa Pengerusi Nazir Razak akan meletakkan jawatan pada akhir tahun ini.

 

CIMB akan mengumumkan pengerusi yang baru dan juga tarikh sebenar peralihan pentadbiran dari masa ke semasa.

 

Dalam tempoh perkhidmatan hampir tiga dekad, Nazir telah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif kepada kumpulan itu selama 15 tahun termasuk pengerusi sejak tahun 2014.

 

Di bawah pimpinan beliau, CIMB telah berkembang sehingga menjadi Bank Pelaburan terbesar di Malaysia. Kumpulan CIMB disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2003 dengan hanya aset yang bernilai RM9.6 billion dan modal pasaran RM1.5 billion.

 

Ia berkembang dengan sangat pantas di mana sehingga Jun 2018, aset kumpulan itu telah meningkat sehingga RM515 billion dengan modal pasaran sebanyak RM58 billion.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat