Negara Barat Terus ‘Blah’ Dari Mesyuarat G20 Sebab Rusia

1,721

‘Rancak, mana-mana rancak, berdosa!’

Kesan perang di Ukraine akibat pencerobohan Rusia masih dirasai walaupun sudah satu purnama berlalu sehinggakan beberapa delegasi negara-negara Barat bertindak keluar dari mesyuarat sebelum wakil Moscow berucap.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku semasa mesyuarat Group of 20 (G20) pada Rabu lalu apabila Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen, menzahirkan pandangan tidak bersetuju akan kehadiran pegawai kanan Rusia sebelum bertindak beredar dari mesyuarat tersebut.

Tindakan tersebut kemudiannya diikuti oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell, Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey, Menteri Kewangan Kanada Chrystia Freeland dan Presiden European Central Bank (ECB) Christine Lagarde.

Ia jelas menunjukkan bahawa negara-negara tersebut memprotes dan menentang keganasan yang dilakukan oleh Rusia pada 24 Februari lalu ke atas Ukraine.

Dipercayai antara wakil Rusia yang hadir di mesyuarat tersebut adalah Timbalan Menteri Kewangan Rusia, Timur Maksimov sementara Menteri Kewangan Rusia, Anton Siluanov dan gabenor bank pusat Rusia menyertai secara maya.

Sebagai makluman, G20 merupakan satu forum antara kerajaan yang terdiri daripada 19 negara dan Kesatuan Eropah.

Antara fungsi utama G20 adalah untuk membincangkan isu berkaitan ekonomi global termasuk kestabilan kewangan antarabangsa, mitigrasi perubahan iklim dan pembangunan mampan.

Negara anggota G20 adalah Australia, Kanada, Arab Saudi, AS, India, Rusia, Afrika Selatan, Turki, Agentina, Brazil, Mexico, Perancis, Jerman, Itali, United Kingdom (UK), China, Indonesia, Jepun dan Korea Selatan.

Mesyuarat G20 kali ini telah dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati di Washington yang menyeru kerjasama semua negara-negara anggota bekerjasama dalam menyelesaikan masalah pertumbuhan ekonomi global yang lembab.

Berbalik ke berita asal, sumber mengatakan bahawa Yellen memberitahu hadirin bahawa ‘tiada urusan yang boleh dilakukan‘ bersama Rusia berkenaan ekonomi global.

Selain itu, dalam Twitter rasmi milik Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak, mengajak seluruh dunia bersatu dalam menentang Rusia.

Ekoran daripada tindakan ‘beredar keluar‘ tersebut oleh beberapa kuasa besar Barat, ia secara tidak langsung menguatkan lagi kebimbangan mengenai perpecahan antara negara yang bakal melanda ekonomi dunia.

Dalam pada itu, menteri kewangan G20 dan gabenor bank pusat dikatakan telah bertemu di luar persidangan separa tahunan yang diadakan oleh International Monetary Fund (IMF) dan World Bank di Washington.

Persidangan tersebut dipercayai mengetengahkan topik perang di Ukraine, isu keselamatan makanan dan pemulihan berterusan daripada pandemik coronavirus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat