Negara Digital Pertama Dunia, Tuvalu Berpindah Ke Metaverse!

426

Ketika negara lain berebut-rebut mendalami teknologi Web3, negara pulau Tuvalu di Pasifik Selatan turut tidak mahu ketinggalan untuk memasuki dunia baharu metaverse.

Tujuan utama perancangan tersebut adalah supaya budaya dan masyarakat di pulau Tuvalu sentiasa terpelihara tanpa perlu menghapuskan keunikan tersendirinya.

Menteri luar negara, Simon Kofe berkata bahawa beliau kini sedang berusaha mencari alternatif yang mampu melindungi warisan pulau itu daripada peningkatan paras laut akibat perubahan iklim.

Justeru, penciptaan semula pulau Tuvalu di metaverse merupakan salah satu kaedah berkesan untuk menjaga warisan-warisan yang mereka telah lama lindungi.

Kofe turut menyebut bahawa mereka hanya mempunyai pilihan untuk menjadi negara digital pertama di dunia jika tanahnya lenyap.

Ini susulan jangkaan bahawa seluruh negara tersebut bakal ditenggelami menjelang akhir abad ini, yang mana ketika air pasang berlaku 40% daripada daerah ibu negara berada di bawah air.

Kewujudan pulau Tuvalu dalam metaverse akan menjadikannya sebagai aset amat bernilai kerana tanah, lautan mahupun negaranya akan sentiasa terpelihara sungguhpun di dunia fizikal ia telah musnah.

Selain daripada Tuvalu, kepulauan Caribbean juga menubuhkan kedutaannya di metaverse manakala Australia pula berhasrat melakukan perkara sedemikian pada awal tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat