Negara Ini ‘Hadiahkan’ Biasiswa Untuk Mereka Yang Menceburi Sektor Kripto & NFT

1,019

Calon gabenor Venezuela ada tawaran menarik untuk penduduk negara itu, terutama golongan belia dengan bantuan biasiswa jika mereka berminat untuk menyertai Technical Training Center for Mining and Administration of Digital Crypto Assets.

Jelas José Alejandro Terán, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada program La Guaira Digital yang memfokuskan kepada pertumbuhan pesat dan mendorong kestabilan ekonomi negara.

Biasiswa ditawarkan khusus untuk mereka yang menceburi dalam non-fungible token (NFT), perlombongan dan perdagangan kripto.

Program yang diperkenalkan Terán disokong oleh empat entiti:

  • National Superintendence of Cryptoassets (SUNACRIP)
  • Axie Infinity Academy
  • Kumpulan politik, Independientes con Terán
  • Pertubuhan belia United Socialist Party of Venezuela (JPsuv)

Misalnya Axie Infinity Academy telah membuka peluang untuk latihan pemasangan dan pembaikian rangkaian, peranti dan keperluan perlombongan, serta pelaburan kripto.

Sejauh mana impian ini dapat direalisasikan, tiada siapa yang dapat jangka. Namun, calon gabenor ini juga memberi jaminan ribuan peluang pekerjaan dalam setahun bagi mereka yang berminat dalam sektor ini.

Sebagai rekod, Venezuela merupakan negara ke-7 dalam senarai Indeks Penerapan Kripto Global. Ini menunjukkan negara ini juga merancakkan sektor kripto sebagaimana yang dilakukan oleh El Salvador.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat