Negara Ini Hilang Keyakinan Berunding Dengan EU Disebabkan Isu Brexit!

473

Perkembangan Brexit yang tidak kunjung selesai bukan sahaja memberi kesan tidak baik terhadap negara Britain dan Kesatuan Eropah namun negara-negara luar juga merasakan tempiasnya. Pada hari ini, Perdana Menteri Norway, Erna Solberg membuat kenyataan bahawa Norway dinasihatkan tidak merundingkan semula syarat keanggotannya dalam pasaran tunggal Eropah.

Dengan hanya berbaki lebih dari 2 minggu, EU dan Britain masih lagi tersepit dalam jurang perbezaan mengenai hubungan masa hadapan kedua-dua belah pihak. Atas dasar itu, Solberg mengatakan bahawa Norway yang merupakan sebuah negara yang berjumlah 5.4 juta orang, tidak mungkin mendapat syarat yang lebih baik daripada rundingan perjanjian dengan EU.

Sebagaimana yang sedang berlaku di Britiain, Solberg tidak yakin bahawa negara Norway akan mendapatkan perjanjian yang lebih baik jika ingin merundingkan semula beberapa perkara dengan EU.

Kes yang terjadi terhadap UK menunjukkan betapa rumitnya sesebuah negara untuk meninggalkan Kesatuan Eropah. Beliau mengkritik pihak yang menasihatkan Norway meninggalkan Kesatuan Eropah agar dapat melakukan perjanjian yang lebih baik harus melihat situasi ini dengan lebih teliti.

Sehingga kini Britain masih belum berjaya merundingkan perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah. Kedua-dua belah pihak ini masih mencuba untuk mencapai persetujuan dalam perjanjian perdagangan yang akan mengatur perdagangan yang bernilai sekitar $1 trilion pada awal tahun hadapan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat