Negara Ini Menjadi Negara Pertama Menerbitkan NFT Sendiri!

702

Dalam laporan terkini, dilaporkan bahawa negara Eropah Tengah, Slovenia telah mengumumkan penerbitan NFT mereka sendiri. Dengan ini ia menjadi negara pertama di dunia yang melakukannya.

Kementerian Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Slovenia bersama dengan agensi awam untuk mempromosikan keusahawanan dan pelaburan, SPIRIT, dan Taman Teknologi Ljubljana telah menjalinkan kerjasama untuk menyebarkan kesedaran NFT pameran Slovenia Expo di Dubai,

Berdasarkan pengumuman terkini, token NFT akan diedarkan kepada pengunjung paviliun Expo Slovenia sebagai hadiah dalam bentuk kad yang berisi arahan. Tambahan pula, nombor lapan digit yang unik akan diberikan kepada semua penerima yang akan membolehkan mereka mengakses dompet digital untuk menuntut token NFT.

Setiausaha Negara, Simon Zajc mengumumkan projek NFT yang berteknologi maju dan inovatif itu dapat meletakkan Slovenia setaraf dengan negara-negara maju dalam industri digital, yang memungkinkan pengembangan teknologi blockchain di masa hadapan.

Pada tahun ini, dapat disaksikan bahawa kegilaan terhadap NFT meningkat dengan ketara. Banyak dalam syarikat-syarikat besar turut mengambil bahagian dalam NFT. Baru-baru ini, Burger King mengumumkan pelancaran kempen token NFT terbaharu, ‘Keep It Real Meals’, yang dianjurkan dengan kerjasama selebriti Nelly, Anitta, dan LILHUDDY.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat