Netflix & Microsoft Bekerjasama Dalam Perkhidmatan Langganan Beriklan

171

‘Dah macam tengok TV biasa pulak lepas ni asyik-asyik iklan je lalu.’

Firma penstriman Amerika Syarikat (AS), Netflix Inc memilih untuk bekerjasama dengan Microsoft Corp dalam menawarkan plan langganan yang mengandungi iklan tetapi lebih murah.

Ia adalah susulan daripada prestasi buruk firma pada bulan April lalu yang menyaksikan penurunan mendadak jumlah pengguna dalam lebih sedekad.

Ini telah memaksa firma untuk mengurangkan harga langganan dan memasukkan iklan ke dalam perkhidmatannya bagi menampung peningkatan kos akibat tekanan inflasi yang mencanak 9.1% di AS.

Ulas ketua eksekutif bersama Neflix, Ted Sarandos, firma sedang berbincang dengan perniagaan lain untuk mencari cara terbaik bagi menarik perhatian pengguna.

Perkara ini kemudiannya telah membawa kepada kerjasama dengan Microsoft seperti yang didakwa oleh Ketua Pegawai Operasi, Greg Peters, syarikat tersebut terbukti memiliki keupayaan untuk menyokong keperluan pengiklanan Netflix.

Tambahnya, Microsoft juga menawarkan fleksibiliti berinovasi baharu dari segi teknologi dan jualan yang boleh dimanfaatkan dalam penawaran plan langganan mengandungi iklan firma.

Ternyata tindakan Neflix tersebut bercanggah dengan pendirian firma yang tidak mahu elemen iklan dalam perkhidmatan namun ia adalah langkah yang harus diambil.

Memandangkan persaingan semakin meningkat dengan kehadiran penstriman lain seperti Amazon Prime, HBO Max, Apple TV dan Disney+ maka tidak hairan Netflix mengurangkan harga langganannya namun terpaksa kompromi dengan iklan.

Dalam pada itu, pihak Netflix sebelum ini ada mengatakan bahawa plan langganan beriklan tersebut akan dilancarkan seawal tahun depan di pasaran Asia dan diharapkan ia dapat menarik lebih banyak pengguna baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat