New Zealand Bebas Dari COVID-19, Dolar Kiwi Raih Pengukuhan

453

Sesi pasaran Asia menyaksikan dagangan matawang berisiko didagangkan tinggi, diangkat oleh keyakinan terhadap pemulihan dari coronavirus susulan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang memberangsangkan.

Laporan NFP telah meningkatkan sentimen pasaran dengan tambahan sebanyak 2.5 juta pekerjaan pada Mei, jauh melebihi jangkaan pasaran untuk penurunan 8 juta pekerjaan sekali gus membawa kadar pengangguran kepada 13.3%, menurun dari bacaan 14.7% sebelum ini dan jangkaan 19.5%.

US dolar diniagakan lemah berbanding safe haven yen ketika pentadbiran Trump mengumumkan mengenai rancangan pihaknya untuk menandatangani rang undang-undang berhubung hak asasi manusia bagi etnik Uyghur di China.

Matawang komoditi iaitu dolar Aussie, kiwi dan loonie mempamerkan prestasi terbaik mereka, dengan dolar kiwi meningkat ke paras ketinggian 4 bulan selepas New Zealand mengangkat semua sekatan dan mengisytiharkan negara itu bebas coronavirus.

Setelah 2 minggu tidak mencatatkan kes Covid-19 baru, Perdana Menteri Jacinda Arden mengatakan bahawa New Zealand akan mengangkat semua sekatan selain di sempadan negara, menjadikannya sebagai salah satu negara pertama yang melakukannya.

Sementara dolar Kanada mengukuh ke paras tertinggi 3 bulan berbanding US dolar berikutan data pekerjaan yang lebih baik pada Jumaat lalu, selain turut disokong oleh peningkatan harga minyak mentah.

Euro didagangkan lebih tinggi berbanding USD walaupun data menunjukkan output industri Jerman mengalami kemerosotan ketara pada bulan April susulan sekatan yang telah memaksa penutupan beberapa ekonomi di negara itu.

Sementara itu, kekurangan kemajuan dalam rundingan pasca Brexit UK dan EU telah mendorong matawang pound didagangkan rendah pada $1.266 sebelum meningkat ke paras tertinggi $1.275 pada sesi Asia hari ini berikutan kelemahan US dolar.

Perhatian pelabur kini terarah kepada mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi Khamis, dengan mengharapkan kenyataan yang lebih dovish daripada Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell terhadap ekonomi Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat