New Zealand Dijangka Dapat Mengelak Dari Kemelesetan

192

Jabatan Perbendaharaan meramalkan bahawa New Zealand dapat mengelak daripada kemelesetan ekonomi pada tahun depan berikutan kenaikan kadar faedah dan kejatuhan harga rumah menjejaskan permintaan.

Laporan belanjawan yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan keluar dalam negara kasar (KDNK) dijangka berkembang hanya 0.1% pada setiap suku kedua, ketiga dan keempat tahun 2023.

Ia menunjukkan bahawa purata pertumbuhan tahunan pada tahun berakhir Jun 2024 akan merosot kepada 0.7% daripada 4.2% pada tahun sebelumnya. Dalam senario risiko menurun, ekonomi akan menyusut 1%.

Pembuat dasar Bank Pusat New Zealand (RBNZ) akan bermesyuarat pada minggu depan, di mana kadar faedah akan dinaikkan sebanyak 50 mata asas sekali lagi untuk menjadikannya 2%.

Secara keseluruhan, pelabur meramalkan kadar faedah New Zealand akan meningkat melebihi 3% pada tahun ini.

Kadar gadai janji yang meningkat dijangka meredakan pasaran perumahan dengan jangkaan penurunan harga sebanyak 15% berikutan perbelanjaan pengguna yang lemah.

Sementara pada masa yang sama, tekanan inflasi diramalkan terus berlarutan sekali gus mengurangkan kuasa beli isi rumah.

Selain itu, Jabatan Perbendaharaan mengunjurkan inflasi akan perlahan daripada 6.9% kepada 5.2% menjelang Jun 2023. Namun, ia tidak melihat bahawa inflasi akan kembali kepada sasaran 1-3% RBNZ sehingga awal 2025.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat