New Zealand Kini Hadapi Masalah Eksport Makanan Laut Di Pelabuhan China

398

Penghantaran eksport makanan laut New Zealand ke pelabuhan China terpaksa ditunda. Syarikat pengeksport dari New Zealand mengadu mereka berhadapan masalah untuk mengeskport ikan salmon ke China dan telah menyebabkan isu kelewatan penghantaran di pelabuhan China. Mereka juga berkata bahawa tiada penjelasan oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan isu tersebut.

Pegawai perdagangan yang tidak mahu memperbesarkan isu tersebut menjelaskan, pengeksport dari New Zealand sering mengalami masalah tersebut apabila memasuki pelabuhan China dan isu terbaru yang timbul hanyalah masalah perniagaan yang normal.

Isu kelewatan dipercayai turut dipengaruhi oleh hubungan dagang antara New Zealand dan China sebagai rakan dagang terbesar yang sedikit mengalami isu sebelum ini berikutan penyekatan terhadap syarikat telekomunikasi China, Huawei untuk membangunkan rangkaian jalur lebat berkelajuan tinggi untuk syarikat telekomunikasi di New Zealand, Spark.

Kerajaan New Zealand sebelum ini tidak membenarkan untuk Spark menggunakan perkhidmatan rangkaian jalur lebar 5g daripada Huawei kerana mengambil kira faktor peningkatan risiko terhadap keselamatan negara.

Oleh itu, ditambah lagi dengan perkembangan rundingan dagang AS-China yang membimbangkan para pelabur, dagangan dolar NZD bakal didagangkan terus berisiko.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat