New Zealand Menetapkan Jangkaan Inflasi Pada Kadar 2.1%

515

Pada hari ini Bank Pusat New Zealand telah mengeluarkan laporan jangkaan inflasi pada awal suku tahun 2018. Bank pusat negara tersebut juga mengeluarkan pandangan terhadap kadar faedah pada awal suku tahun pertama 2018.

Berdasarkan laporan kaji selidik oleh Reserve Bank of New Zealand’s (RBNZ), pengurus perniagaan menjangkakan inflasi tahunan akan berada pada paras 2.1% bagi 2 tahun akan datang. Bacaan ini telah ditingkatkan daripada laporan kaji selidik awal.

Matawang New Zealand sedikit mengukuh berbanding sebelum laporan itu dikeluarkan.

Jangkaan inflasi pada kadar 2.1% adalah selari dengan tinjauan kadar polisi monetari. Jangkaan inflasi ini adalah sangat sensitif bagi pihak bank, manakala perniagaan sensitif pada kadar inflasi semasa. Justeru RBNZ memberi tumpuan pada bacaan ini, kerana jangkaan inflasi dapat menjadi bacaan sebenar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat