News Besar Matawang AUD : Penetapan Dasar Monetari RBA

384

Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedahnya di paras 1.50% pada bulan Oktober yang mana kadar tersebut tidak pernah diubah sejak bulan Ogos 2016.

Keputusan hari ini sememangnya telah dijangka oleh pasaran secara keseluruhan. RBA menunjukkan bahawa kadar faedah akan kekal pada rekod terendah dengan bank pusat sekali lagi menyampaikan intonasi yang neutral dalam kenyataannya.

“Dengan melihat maklumat yang ada, jawatankuasa mengekalkan pendirian dalam mesyuarat kali ini yang mana konsisten dengan pertumbuhan kukuh dalam ekonomi dan mencapai sasaran inflasi dari masa ke semasa,” demikian kata Gabenor Philip Lowe.

“Kadar faedah yang rendah akan terus menyokong ekonomi Australia.”

RBA memberi isyarat bahawa tindakan seterusnya berkemungkinan kepada kadar yang lebih tinggi, Lowe berkata, “kemajuan dalam usaha mengurangkan pengangguran dan inflasi kembali ke paras sasaran adalah dijangka, walaupun ia akan berlaku secara beransur-ansur”, ini adalah pendirian yand pernah diutarakan pada September lepas.

Secara keseluruhan, tidak banyak perubahan kepada pendapat bank pusat terhadap ekonomi Australia jika dibandingkan dengan mesyuarat sebelum ini.

Lowe mengatakan perkembangan ekonomi global masih berterusan pada bulan September. Dari segi risiko kepada ekonomi global, beliau menegaskan ia disebabkan polisi perdagangan Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat