News Besar RBA Dovish Terhadap Polisi Sekaligus Menekan AUD/USD

432

Pair AUD/USD melemah selepas mencapai paras tertinggi hari Selasa di 0.7791. Matawang Aussie pada hari ini didagang bercampur-campur tetapi agak kukuh jika dibandingkan dengan beberapa matawang utama yang lain.

Tumpuan trader AUD hari ini adalah kepada beberapa data-data ekonomi penting Australia yang dikeluarkan pagi tadi iaitu data akaun semasa (Current Account), jualan runcit (Retail Sales) dan penetapan kadar faedah RBA (Cash Rate). Data-data ini khususnya current account dan retail sales merekodkan data negatif sekaligus telah meletakkan Aussie sedikit tertekan hari ini dengan kenyataan polisi RBA tidak banyak membantu pengukuhan Aussie.

Bank pusat Australia (RBA) pada Selasa mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% dengan memberikan nada yang kurang meyakinkan terhadap kebolehan ekonomi untuk mencapai pertumbuhan 3% atau lebih pada tahun ini. RBA juga menunjukkan isyarat akan mengekalkan kadar faedah beberapa bulan akan datang yang menambah lagi tekanan kepada AUD.

RBA pada Selasa dilihat kurang yakin terhadap pertumbuhan ekonomi di samping kenaikan kadar gaji yang rendah dengan perbelanjaan domestik yang lemah sejak pertengahan tahun 2017. Oleh itu, kesimpulan yang boleh dibuat terhadap kadar faedah adalah kenaikan yang beransur-ansur dan perlahan.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat