News dan Sentimen Penggerak ‘Eur/Usd’ Minggu Ini

59

Eur/Usd sedikit berubah dalam sesi dagangan minggu lalu yang sedikit volatile (turun-naik). Pasangan matawang ini memulakan kenaikan yang perlahan awal minggu lalu sebelum melonjak yang disebabkan oleh komen Trump bahawa ‘US dolar terlalu kuat’ pada Rabu.

Walaubagaimanapun lonjakan tersebut gagal diteruskan dan berhadapan dengan kejatuhan pada separuh kedua minggu tersebut. Kejatuhan tersebut memadam lebih 50% kenaikan yang dicatat sebelum itu.

Ketika ini jangkaan pasaran hadapan oleh CME Group kekal di paras 50% bagi kenaikan kadar pada Jun.

Minggu ini, data inflasi Eropah pula akan dikeluarkan selepas data-data inflasi US pada Jumaat telah dibincangkan dengan panjang lebar. Eurostat akan mengeluarkan data harga pengguna (CPI) pada Rabu dalam awal sesi Eropah.

Di US data yang dijangka akan memberi impak penting kepada pasaran forex adalah permit bangunan (Building permit) pada Selasa, Indeks pembuatan (Philly Fed Manufacturing Index) pada Khamis. Selain itu, data PMI sektor perkhidmatan dan pembuatan juga akan dikeluarkan pada Jumaat bagi ekonomi Zon-Eropah.

Dari segi geopolitik, perkembangan di Eropah akan menjadi perhatian pasaran dan penting kepada kadar tukaran matawang. Undian pusingan pertama akan berlangsung pada 23 April ini.

Berikut merupakan data ekonomi dan perisitiwa yang bakal memberi kesan kepada pasangan matawang Eur/Usd minggu ini:

Sumber: Forex Factory

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat