News Impak Tinggi Tumpuan Pasaran Minggu Ini (09 – 13 Oktober)

71

US dolar melemah semula pada Jumaat selepas tersebarnya berita bahawa Korea Utara akan menjalankan ujian peluru berpandu. Pada mulanya matawang greenback mengukuh selepas data pekerjaan NFP menunjukkan isyarat positif terhadap inflasi Amerika Syarikat dan membuat pullback semula apabila pasaran bimbang dengan risiko geopolitik US-Korea Utara.

Dalam awal pembukaan pasaran minggu ini, US dolar masih lemah dengan Yen, Swissy dan Emas mendapat permintaan. Hal ini biasa berlaku kerana sifat ketiga-tiga aset ini yang dianggap sebagai safe-haven.

Minggu ini pasaran akan terus menumpukan kepada data ekonomi Amerika Syarikat khususnya CPI (consumer price index) pada Jumaat. Hari ini (Isnin), ada beberapa negara ekonomi utama dunia yang bercuti iaitu US, Jepun dan Kanada.

Berikut merupakan kalendar ekonomi atau peristiwa yang perlu diambil perhatian oleh pedagang-pedagang di seluruh dunia.

1. Data dan Event tumpuan dari Amerika Syarikat (US Dolar)

Selain daripada data inflasi, tumpuan juga akan terarah kepada minit mesyuarat The Fed pada pagi Khamis. Ia penting untuk pasaran menentukan ‘timing’ kenaikan kadar faedah di masa hadapan. Selain itu, penting juga untuk melihat secara lanjut perancangan pengurangan penyata imbangan bank pusat dari segi jumlah dan tempoh pengurangan.

Ucapan Fed Kashkari (Selasa)
Ucapan Fed Kaplan (Rabu)
Minit mesyuarat FOMC (Khamis)
Harga pengeluar, PPI (Khamis)
Tuntutan pengangguran (Khamis)
Harga pengguna, CPI (Jumaat)
Jualan runcit (Jumaat)

2. Data dan Event tumpuan United Kingdom (GBP)

Matawang GBP merekod kejatuhan besar minggu lalu dimana matawang ini adalah matawang paling banyak merekod kerugian dalam tempoh (02 -06 Oktober). Sebabnya adalah ketidaktentuan politik yang dilihat semakin menyukarkan perjanjian Brexit UK-EU dengan potensi perletakan jawatan Perdana Menteri Theresa May. Dengan perletakan jawatan beliau, ia dilihat akan mengubah hala-tuju rundingan Brexit antara kedua-dua pihak.

Manufacturing production m/m (Selasa)

Hanya satu sahaja data ekonomi impak tinggi yang akan dikeluarkan untuk GBP minggu ini. Pasaran juga akan terus melihat perkembangan yang berlaku dalam situasi politik UK sama ada semakin reda atau May akan semakin terdesak dalam mengemudi United Kingdom sebagai perdana menteri.

3. Data dan Event tumpuan Zon Eropah (Euro)

Tidak banyak yang boleh diperhatikan dalam data ekonomi Zon Eropah minggu ini. Pasaran akan fokus kepada ucapan Mario Draghi pada Khamis pukul 10.30 pm untuk mendapatkan isyarat tentang polisi monetari ECB. Bank pusat Eropah (ECB) dijadualkan akan mengadakan mesyuarat pada 26 Oktober ini.

Perhatikan juga perkembangan politik di Jerman dan Sepanyol sama ada terdapat risiko kepada pasaran Jerman dan Sepanyol.

4. Data dan Event tumpuan dari Kanada (CAD)

Selepas Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar dua kali berturut-turut, tumpuan pasaran global juga semakin terarah kepada pasaran Kanada. Bagi pelabur, Kanada ketika ini adalah destinasi yang menarik untuk melabur dalam pendapatan tetap (fix-income) selepas kadar faedah dinaikkan pada September. Bagi melihat kecenderungan CAD, pasaran akan menumpukan kepada data inflasi dan juga kecenderungan ahli BOC dalam ucapan mereka bagi mendapatkan isyarat kenaikan kadar faedah bank pusat ini.

Ucapan BOC Wilkins (Rabu & Jumaat)

Penting untuk kita meneliti ucapan dari beliau, kerana sebelum kenaikan kadar faedah pada Julai lalu Wilkins adalah ahli BOC yang memberikan komen yang begitu ‘hawkish‘ seperti menunjukkan isyarat kenaikan kadar faedah bank pusat Kanada.

5. Data dan Event matawang-matawang lain

NAB business confidence, AUD (Selasa)
Ucapan ahli RBA Dabelle, AUD (Selasa)
Indeks perniagaan NZ, NZD (Jumaat)
RBA financial stability review, AUD (Jumaat)
Harga pengeluar PPI, CHF (Jumaat)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat