News Impak Tinggi Tumpuan Pasaran Minggu Ini (16 – 20 Oktober)

199
1. Data ekonomi dan Event tumpuan dari Amerika Syarikat (US Dolar)

Data-data ekonomi dari US yang dikeluarkan minggu ini kurang signifikan kepada US dolar kecuali terdapat perubahan bacaan data yang begitu besar. Bagi US dolar, kita akan terus memberi tumpuan kepada ucapan-ucapan ahli The Fed terutamanya Janet Yellen untuk mendapatkan isyarat terbaru tentang keadaan ekonomi semasa dan perancangan pengetatan bank pusat ini. Terdapat juga beberapa ahli The Fed yang mengundi dalam penetapan polisi berucap minggu ini.

Ucapan Janet Yellen (Ahad, 9 pm)
Industrial production (Selasa, 9.15 pm)
Ucapan Fed Harker (Rabu, 1.00 am)
Ucapan Fed Dudley (Rabu, 8 pm)
Ucapan Fed Kaplan (Rabu, 8 pm)
Building permits (Rabu, 8.30 pm)

2. Data ekonomi dan Event tumpuan dari Zon Eropah (Euro)

Bagi matawang Euro, kenaikannya minggu (9-13 Okt) disokong dengan risiko politik yang semakin reda di Spanyol dengan faktor kelemahan US dolar itu sendiri menolak euro lebih tinggi. Minggu ini kita akan bagi tumpuan kepada data dan event berikut:

Ucapan Mario Draghi (Ahad, 1.00 am)
German ZEW economic sentiment (Selasa, 5.00 pm)
Final CPI y/y (Selasa, 6 pm)
Ucapan Mario Draghi (Rabu, 4.10 pm)

3. Data ekonomi dan Event tumpuan dari United Kingdom (GBP)

Sterling meneruskan kenaikan lima hari berturut-turut walaupun dengan risiko Brexit pada tempoh (9-13 Okt). Rundingan pusingan ke-lima dengan Kesatuan Eropah masih menemui jalan buntu. Namun, terdapat juga laporan bahawa EU mungkin akan memberikan tempoh peralihan selama 2 tahun kepada UK pada Khamis jika mereka memenuhi segala obligasi terhadap EU seperti yang dilaporkan oleh akhbar Jerman.

Minggu ini pasaran akan tertumpu kepada ucapan ahli-ahli Bank of England (BoE) terutamanya gabenor Carney. Selain itu, laporan bacaan inflasi juga akan dikeluarkan pada Selasa yang dijangka akan meningkat sekali lagi. Berikut merupakan tumpuan bagi matawang Sterling minggu ini.

Ucapan ahli BoE Ramsay (Selasa, 4.15 pm)
Harga pengguna, CPI y/y (Selasa, 4.30 pm)
Ucapan ahli BoE Tenreyro (Selasa, 5.15 pm)
Ucapan BoE gabenor Carney (Selasa, 6.15 pm)
Average earning index (Rabu, 4.30 pm)
Claimant count change (Rabu, 4.30 pm)
Unemployment rate (Rabu, 4.30 pm)
Retail sales (Khamis, 4.30 pm)

4. Data ekonomi dan Event tumpuan dari Kanada (CAD)

Tumpuan untuk ekonomi Kanada minggu ini akan tertumpu kepada laporan data harga pengguna (CPI). Seperti yang kita telah maklum, bank pusat Kanada (BOC) telah menaikkan kadar faedahnya dua kali berturut-turut dalam dua mesyuarat terbaru sebelum ini. Jika data CPI kali ini positif, jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah sekali lagi tahun ini dijangka akan semakin meningkat.

BOC business outlook survey (Isnin, 10.30 pm)
Ucapan ahli BOC Wilkins (Rabu, 3.30 am)
Harga pengguna CPI (Jumaat, 8.30 pm)
Core-retail sales (Jumaat, 8.30 pm)

5. Data ekonomi dan Event tumpuan yang lain

Harga pengguna CPI China (Isnin, 9.30 am)
Harga pengeluar PPI China (Isnin, 9.30 am)
Harga pengguna CPI New Zealand (Selasa, 5.45 am)
Minit mesyuarat RBA, Australia (Selasa, 8.30 am)
Data pekerjaan Australia (Khamis, 8.30 am)
Industrial production China (Khamis, 10 am)
Pertumbuhan ekonomi GDP China (Khamis, 10 am)

 

*Selamat berdagang kepada anda semua dan jangan lupa dapatkan buku analisis fundamental di sini*

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat