News & Sentimen Eur/Usd Minggu Ini (06-10 Mac)

48

Bank Pusat Amerika Syarikat (Federal Reserve) membuat kejutan sepanjang minggu lalu dengan kenyataan yang menyokong kenaikan kadar The Fed pada 15 Mac ini.

Pasangan matawang Eur/Usd membuat penurunan dalam kebanyakan masa dalam tempoh minggu lepas tetapi gagal mengekalkan penurunan. Matawang Euro tiba-tiba menguat pada Jumaat disebabkan sentiment terkini di Perancis. Eur/Usd meneruskan kenaikan beberapa jam selepas itu, apabila US dolar melemah berbanding matawang utama yang lain.

Kelemahan US dolar pula disebabkan komen  oleh Janet Yellen yang sekaligus memadam kejatuhan Eur/Usd sepanjang minggu tersebut sehingga dagangan Eur/Usd berjaya merekodkan keuntungan selepas kerugian beberapa minggu sebelum itu.

Yellen mengesahkan komen-komen yang diberikan oleh ahli-ahli The Fed sepanjang minggu lalu, bahawa bank pusat tersebut bersedia menaikkan kadar pada Mac. Tetapi apa yang menyebabkan US dolar jatuh adalah disebabkan komen yang berbunyi “kadar boleh dinaikkan jika data-data ekonomi terus berada di trek yang kukuh”.

Ini menunjukkan pasaran perlu menunggu lebih data lagi bagi meningkatkan keyakinan kepada kenaikan kadar. Data yang paling penting adalah NFP (non-farm payroll) yang akan dikeluarkan Jumaat ini.

Ketika ini kebarangkalian kenaikan kadar yang ditunjukkan oleh CME group berada di paras 79.7% untuk dua kali kenaikan. Manakala 54.2% bagi tiga kali kenaikan.

Data yang paling penting minggu ini adalah data NFP yang dikeluarkan pada sesi akhir dagangan. Laporan data yang kukuh akan memastikan kenaikan kadar pada 15 Mac ini dan begitu juga sebaliknya. Kadar pengangguran dijangkakan akan berada di paras 4.7% dengan pertambahan pekerjaan sebanyak 180,000 pekerjaan, manakala purata gaji per jam dijangka naik 0.3% dari 0.1% yang direkodkan bulan lalu.

Tidak lupa juga dengan penetapan kadar oleh ECB minggu ini pada Khamis. ECB dijangka masih akan mengekalkan polisi monetari semasa dan pasaran akan memberi perhatian kenyataan ECB tentang inflasi Zon Eropah.

Matawang Euro juga banyak dipengaruhi oleh faktor geopolitik sepanjang minggu lalu dengan penguatan matawang ini berbanding matawang-matawang lain sepertu US dolar, Yen, Gbp, Kiwi, Loonie dan Aussie. Secara spesifiknya, hal ini disebabkan calon Presdien Perancis Macron yang kini mendahului tinjauan pendapat dan mengatasi Marine Le Pen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat