News & Sentimen Eur/Usd Minggu Ini (13-17 Februari)

40

Matawang Euro susut sedikit berbanding US dolar minggu lalu dengan beberapa aspek teknikal juga menunjukkan peralihan Eur/Usd sejajar dengan tren penurunan pasangan matawang ini secara keseluruhan. Volatility (turun-naik) semakin meningkat pada tempoh itu, walaupun ‘News impak tinggi’ yang sedikit.

Penurunan sepanjnag minggu lalu menyebabkan Eur/Usd menembusi ‘trenline menaik’ yang jelas dilihat di time-frame empat jam. ‘Trenline menaik’ ini terbentuk dari pergerakan harga sejak awal Januari.

Di samping itu, isyarat penurunan ini ditambah dengan kombinasi di ‘time-frame weekly’ yang telah membentuk ‘bearish engulfing‘.

Pergerakan pasangan matawang ini pada minggu lalu banyak dipengaruhi oleh faktor politik di US dengan komen Presiden Trump yang akan mengumumkan ‘cukai fenomena’ dua atau tiga minggu lalu. Ini merupakan polisi yang ditunggu-tunggu oleh pasaran sejak beliau dilantik secara rasmi pada 20 Januari lepas.

Situasi di Eropah pula semakin tegang menjelang pilihanraya di beberapa negara besar seperti Jerman dan Perancis. Calon Presiden Le Pen menambah ketidaktentuan dalam ekonomi Eropah berikutan ikrar beliau yang akan mengeluarkan Perancis dari Kesatuan Eropah dan menggunakan semula matawang ‘French Franc‘. Ketidaktentuan ini membawa aliran masuk kepada aset ‘safe haven‘ di Eropah terutamanya ‘Bon 10-Tahun Jerman’. Secara keseluruhan Eur/Usd merekodkan kejatuhan sepanjang minggu lalu.

Kejatuhan Euro diburukkan lagi dengan spekulasi ‘tapering’ pada pertengahan tahun ini selepas ahli ECB Nowotny menyatakan ECB (European Central Bank) akan membincangkan program pelonggaran semasa pada tempoh tersebut.

Matawang Euro menjadi matawang kedua yang paling banyak mengalami kerugian selepas Kiwi. US dolar pula menjadi matawang kedua paling banyak mencatat keuntungan selepas Pound.

Ada beberapa data ‘impak tinggi’ minggu ini yang mampu memberi kesan kepada pasangan matawang ini seperti data ‘harga pengguna US’, ‘pertumbuhan ekonomi Jerman’, dan dua kali ‘ucapan Janet Yellen’.

Dalam faktor geopolitik, kita akan terus memerhati secara rapat perkembangan polisi-polisi pentadbiran baru US. Begitu juga di Eropah dengan perkembangan politik di beberapa negara menjelang pilihanraya Presiden tidak lama lagi.

Eur/Usd 4-Jam
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat