News & Sentimen Eur/Usd Minggu Ini (6-10 Februari)

57

Matawang Euro menguat minggu lalu berbanding US dolar berikutan ‘News Impak Tinggi’ yang tidak menyebelahi US dolar, walaupun pada minggu sebelum itu (minggu keempat 2017) terdapat tanda Eur/Usd melemah. ‘News Impak Tinggi’ minggu lalu telah mengurangkan potensi kenaikan kadar The Fed seterusnya melemahkan US dolar berbanding Euro.

Federal Reserve mengekalkan polisi monetari sedia ada dalam penetapan kadar FOMC minggu lalu, yang menepati jangkaan pasaran. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, tiada ‘panduan ke hadapan’ (forward guidance) tentang kenaikan kadar faedah yang seterusnya. The Fed juga tidak memberi sebarang komen tentang perkembangan politik di US ketika ini, tetapi mengakui keyakinan pengguna dan perniagaan semakin baik sejak kemenangan Trump November lalu. Inflasi pula belum cukup meyakinkan The Fed kerana masih di bawah sasaran jangka panjang 2%.

Laporan data pekerjaan pada Jumaat pula mengurangkan jangkaan kenaikan kadar The Fed pada Mac dengan penyusutan ‘Purata gaji per jam’ (Average Hourly Earnings). Manakala jumlah tambahan pekerjaan meningkat kepada 227k berbanding jangkaan 170k dan terdapat kenaikan dalam kadar pengangguran dari 4.7% kepada 4.8%.

Data purata gaji ini lah yang meragukan pasaran walaupun pasaran pekerjaan US semakin baik. Kenaikan dalam pasaran pekerjaan seakan kurang memberi kesan kepada tekanan inflasi dengan kejatuhan dalam purata gaji ini.

Kalendar ekonomi minggu ini dilihat tidak terlalu memberi impak kepada pasaran dengan data dari US yang sedikit. Pasaran hanya akan berhadapan dengan data US yang signifikan pada Jumaat iaitu ‘Indeks keyakinan pengguna’ (Prelim UoM Consumer Sentiment).

Walaubagaimanapun, pasaran akan terus memberi tumpuan kepada pentadbiran baru US dengan polisi-polisi terkini yang mampu memberi kesan kepada pasaran. Pasaran masih lagi menunggu pengumuman rasmi dasar fiskal US termasuk rangsangan ekonomi dan potongan cukai korporat yang berpotensi menguatkan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat