News & Sentimen Gbp/Usd Minggu Ini (13-17 Februari)

43

Pergerakan Gbp/Usd minggu lalu berada dalam julat 236 pip tetapi dalam keadaan ‘volatile‘ (naik-turun). Secara keseluruhan pasangan matawang ini hanya berubah sedikit sahaja disebabkan pergerakan volatile minggu lalu.

Gbp/Usd memulih dari kejatuhan pada Selasa yang mencapai paras 1.2345 yang dibuka pada paras 1.2482. Pada Jumaat pasangan matawang ini ditutup di paras 1.2489.

Pound dilihat bergelut untuk menguat berbanding US dolar sejak penetapan kadar Bank of England (BoE) pada 2 Februari lepas. Majlis Polisi Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) mengekalkan kadar di paras 0.25% dengan undian 9-0. Namun begitu, MPC menaikkan ramalan pertumbuhan ekonomi UK, tetapi tiada perubahan signifikan kepada ramalan inflasi.

Dalam mesyuarat sama, tiada kecenderungan untuk mengetatkan polisi dan tiada perubahan dalam program pembelian bon dengan pihak BoE menyatakan akan terus menunggu bukti-bukti ekonomi sebelum membuat perubahan dalam polisi monetari.

Pada sesi Rabu, pihak kerajaan memenangi undian di Parlimen (House of Common) bagi meneruskan proses keluar UK dari Kesatuan Eropah. Dengan kemenangan ini, halangan pertama kerajaan dapat diatasi dan halangan seterusnya menanti apabila undian akan dibuat pula di House of Lords bagi meneruskan proses keluar tersebut.

Dalam konteks ini, tumpuan utama, adalah sama ada terdapat penangguhan kepada perancangan Kerajaan untuk memulakan proses Brexit sebelum akhir Mac 2017.

Sebelum ini, PM UK Theresa May menjadi pemimpin luar pertama yang berjumpa dengan Presiden Trump dalam usaha beliau untuk memantapkan hubungan US-UK terutama sekali dalam perdagangan dua-hala.

Selepas kejatuhan Gbp/Usd pada Selasa, Pound dilihat memulih semula dari kejatuhan tersebut berikutan berita yang tersebar menyatakan Perdana Menteri UK akan melawat China pula selepas ini dalam cubaan memeterai perjanjian perdagangan.

Minggu ini tiada data ‘impak tinggi’ dari UK yang akan dikeluarkan dan pasaran akan hanya memberi tumpuan kepada data dari US seperti  ‘harga pengguna US’, dan dua kali ‘ucapan Janet Yellen’ pada Selasa dan Rabu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat