News & Sentimen Penggerak ‘Eur/Usd’ Minggu Ini

45

Laporan data pekerjaan Amerika Syarikat yang bercampur-campur minggu lepas. Data menunjukkan pengurangan tambahan pekerjaan yang jauh lebih rendah dari jangkaan, dengan kenaikan kadar pendapatan sejajar dengan jangkaan dan pengurangan kadar pengangguran. Laporan tersebut dilihat tidak akan mengubah pendirian terkini The Fed dengan kadar pengangguran yang semakin baik.

Minit mesyuarat ECB dan ucapan Draghi memastikan pendirian bank pusat yang tidak akan menaikkan kadar sehingga akhir tahun ini. Perkara ini menafikan laporan awal bahawa ECB mahu menaikkan kadar di mana tidak akan berlaku sebarang perubahan kepada polisi pada mesyuarat April.

ECB sedar peningkatan dalam inflasi tetapi menunjukkan bukti yang ada tidak cukup untuk inflasi kekal di paras 2%. ECB mengatakan polisi akomodasi masih perlu sehinggalah mereka benar-benar yakin inflasi berada di tahap yang kukuh.

Matawang Euro ketika ini tidak lagi berada di paras yang ‘extreme‘ di mana matawang ini sudah tidak berhadapan dengan sentimen perubahan polisi yang dramatik selepas pengesahan dari ECB minggu lepas dengan pendirian ‘dovish‘.

Minggu ini ucapan Pengerusi Fed Janet Yellen pada Selasa akan menjadi perhatian pasaran. Umumnya, beliau jarang menyentuh perbincangan tentang polisi monetari di institusi pendidikan. Namun, beliau dijangka mendapat soalan tentang pendirian polisi terkini The Fed dan laporan terkini data pekerjaan.

Tumpuan juga akan tertumpu kepada data inflasi Amerika Syarikat yang banyak dikeluarkan pada Jumaat (14 April). Selepas ahli FOMC Kashkari memberi alasan penyebab beliau tidak mengundi kenaikan kadar pada Mac disebabkan kurangnya tekanan kenaikan kepada inflasi-teras (core-inflation). Oleh itu, data ini penting untuk dilihat minggu ini.

Kashkari sebagai ahli FOMC paling dovish akan berucap pada Selasa dan pendapatnya tentang pengurangan kadar pengangguran akan diperhatikan dengan teliti.

Selain itu, data penting yang akan mempengaruhi Eur/Usd sepanjang minggu ini adalah seperti berikut:

 

Data & Peristiwa Ekonomi Penting Minggu Ini
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat