News & Sentimen Yang Bakal Menggerakkan Eur/Usd Minggu Ini

43

Pergerakan yang agak perlahan dalam matawang utama dunia minggu lepas. Eur/Usd merekodkan keuntungan sepanjang minggu lepas walaupun hanya disumbangkan dalam dua hari dagangan yang jelas dilihat dilihat time-frame daily. Minggu ini tidak banyak kalendar ekonomi yang berpotensi mempengaruhi pasangan matawang ini.

Perkembangan sejak separuh kedua bulan Mac menunjukkan perubahan mendadak sentimen Eur/Usd. Dengan ia telah berjaya menembusi resistance di 1.0810 pagi tadi di mana ‘gap’ terhasil pada awal sesi dagangan minggu ini. Kecenderungan masih dilihat kepada pergerakan ke atas.

Ada beberapa laporan ekonomi yang dijangka menggerakkan Eur/Usd minggu ini, di mana data ekonomi tersebut berpotensi mengubah jangkaan polisi monetari dalam jangka masa sederhana.

Data inflasi akan dikeluarkan oleh Eropah dan AS  minggu ini. Data indeks PCE (personal consumption expenditure) adalah data rujukan utama Federal Reserve dan akan menjadi perhatian minggu ini. Bacaan yang lemah dan sederhana sudah tentu mengubah jangkaan kepada pengetatan polisi The Fed dalam masa terdekat, di mana data yang kukuh akan meningkatkan potensi kenaikan kadar pada Jun.

Inflasi Zon-Eropah (core-cpi) pula akan dikeluarkan pada hari sama seperti PCE AS pada Jumaat. Data yang kuat akan mengurangkan pendirian ‘dovish‘ Draghi.

Data pertumbuhan ekonomi AS juga akan menjadi perhatian pada Khamis, di mana bacaan terakhir akan dikeluarkan. Data keyakinan pengguna ekonomi terbesar dunia juga akan dikeluarkan pada Selasa.

Ucapan dari beberapa Presiden The Fed yang mengundi penetapan kadar pada 2017 juga akan terus diperhatikan. Mereka adalah Kaplan, Evans dan Kashkari. Pasaran akan mendapatkan sebarang isyarat dalam nada ucapan mereka tentang pergerakan kenaikan kadar tahun ini, sama ada kurang daripada dua atau lebih dari dua kali ataupun hanya dua kali kenaikan.

Bagi Eur/Usd, gap yang terhasil pada awal pagi tadi dipercayai disebabkan oleh perkembangan terbaru politik Perancis, di mana Macron masih mendahului tinjauan pendapat diikuti Le Pen di tempat kedua dalam tinjauan terbaru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat