Nexo Rampas Syarikat Pemberi Pinjaman Ini Tanpa Berfikir Panjang!

119

“Boleh tercapai ke cita-cita Nexo ni nak dapatkan Vauld”

Syarikat pemberi pinjaman mata wang kripto, Nexo menafikan kenyataan palsu mengenai pemberhentiannya daripada memperoleh syarikat yang paling bermasalah, Vauld.

Khabar angin tersebut telah tercetus apabila pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Vauld, Darshan Bathija menghantar e-mel kepada pemiutang syarikatnya dengan menyebut bahawa rundingan mereka bersama Nexo tidak mencapai penyelesaian sehingga kini.

Vauld dilaporkan telah menghentikan pengeluaran daripada platformnya pada awal Jun selepas didapati mempunyai bebanan hutang sebanyak $402 juta.

Menurut rakan kongsi pengurusan Nexo, Kalin Metodiev menyatakan bahawa beliau akan berusaha membantu pemiutang Vauld memperoleh semula dana mereka selepas menandatangani perjanjian yang bertujuan untuk memiliki syarikat tersebut.

Dalam pada itu, Nexo telah menghantar surat terbuka kepada pemiutang Vauld dan cadangan pindaan berikutan terdapat keputusan tidak adil daripada pentadbiran Kroll di Singapura.

Hal ini berikutan kerana pentadbiran tersebut tidak berkeinginan untuk memberi pendedahan risiko kepada bekas pemiutang sementara mendorong mereka bergantung pada pulangan agresif untuk pulihkan kembali kerugiannya.

Rentetan itu, Metodiev meluahkan kekecewaannya apabila sesetengah individu sanggup menyekat pemiutang daripada membuat keputusannya sendiri  agar dapat mencapai agenda penipuan mereka.

Oleh demikian, Nexo berhasrat menjana seluruh mata wang kripto Vauld dan membenarkan semula para pelanggan meminjam, memperoleh serta menukar aset digital masing-masing melalui akaun baharunya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat