Nexo Terpaksa Hentikan Operasi Di Amerika Syarikat!

121

Akhirnya setelah lama berfikir panjang, syarikat pemberi pinjaman mata wang kripto, Nexo membuat keputusan menghentikan operasinya di lapan negeri Amerika Syarikat (AS) dalam beberapa bulan akan datang.

Nexo menjelaskan bahawa syarikatnya bukan sahaja akan memotong akses terhadap “Earn Interest Product” malah enggan membenarkan sebarang pendaftaran baharu melalui produk tersebut.

Sementara itu, “Earn Interest Product” untuk pelanggan tetap di negeri AS seperti Indiana, Kentucky, Maryland, Oklahoma, Carolina Selatan, Wisconsin, California dan Washington akan tersedia sehingga 6 Disember 2022, iaitu pada hari ini.

Terdahulu di New York dan Vermont, Nexo telah membelakangi seluruh pelangannya di kedua-kedua negeri tersebut susulan didesak oleh pengawal selia AS.

Hal ini berikutan kerana pengawal selia AS berpandangan bahawa Nexo tidak mampu mengekalkan prestasinya pada masa akan datang berikutan mereka telah menyaksikan peristiwa pahit yang dihadapi FTX baru-baru ini.

Rentetan itu, Nexo berputus asa untuk meneruskan perkhidmatannya di AS selepas pengawal selianya sentiasa mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan bercanggah daripada pemahaman syarikat tersebut.

Meskipun begitu, syarikat tersebut masih meneruskan pemprosesan pengeluaran pelanggannya di AS, namun mereka secara beransur-ansur akan menutup operasinya di negara itu.

Umum mengetahui juga bahawa Nexo telah menawarkan kadar faedah sehingga 36% setiap tahun hanya untuk satu aset digital, lapor Jabatan Perlindungan Kewangan dan Inovasi California.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat