NFP Bakal Tentukan Arah EUR/USD, Melonjak Atau Menjunam?

775

Pergerakan US dolar dalam pasaran dilihat bercampur-campur ketika semakin menghampiri acara tumpuan pada minggu ini iaitu terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York sebentar lagi.

Selepas komen hawkish oleh Federal Reserve (Fed) berkenaan langkah pengetatan dasar, US dolar telah kembali mengukuh semula. Namun, momentum pengukuhan tersebut dilihat tidak begitu jelas diteruskan semalam ekoran pelabur berkemungkinan mengambil langkah waspada untuk menantikan dahulu keputusan laporan pekerjaan NFP.

Terdapat beberapa mata wang yang berjaya bergerak kukuh berbanding US dolar, namun ada juga yang kekal bergelut selepas US dolar kembali mengukuh pada Rabu.

Seperti Euro, US dolar masih berjaya mendominasi untuk menekan harga daripada membuat kenaikan semula.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga masih menunjukkan pergerakan bearish apabila kenaikan yang lemah semalam sekadar menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum mendatar di sekitar 1.18300 sehingga ke penghujung sesi New York.

Setelah beberapa hari harga menguji zon rintangan 1.19000 namun gagal menembusinya, penurunan harga mula dilihat dan dijangka akan menuju ke paras 1.18000 semula.

Sekiranya laporan pekerjaan NFP catat bacaan yang mengecewakan dan harga kembali melonjak semula pada carta EUR/USD, zon rintangan pada 1.19000 bakal diuji sekali lagi.

Momentum yang kukuh harga menolak harga melepasi rintangan tersebut untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu dengan sasaran seterusnya menuju zon 1.20000.

Sebaliknya jika data pekerjaan pada Julai adalah memberangsangkan, pengukuhan US dolar dijangkakan akan menjunamkan harga lebih rendah melepasi paras 1.18000 dan menguji zon support minggu-minggu sebelum ini sekitar 1.17700-1.17500.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan dilihat akan mencecah semula ke zon support utama pada 1.17000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat