NFP Dan Jangkaan Pergerakan US Dolar Malam Ini

100

Jabatan Buruh US akan mengeluarkan laporan NFP pukul 8.30 malam ini. Jangkaan bagi data kali ini ialah di sekitar 185,000 -194,000 dengan data bulan lalu hanya merekod penambahan  98,000. Manakala kadar pengangguran dijangka naik kepada 4.6% dari 4.5%. Purata gaji setiap jam (Averaged hourly earnings) pula dijangka naik 0.3% berbanding bulan lalu hanya mencatat kenaikan 0.2%.

Sebelum ini, The Fed menyatakan dalam mesyuarat Khamis bahawa bank pusat menjangka pasaran buruh yang sedia kukuh akan terus mengukuh di masa hadapan. Namun jika data hari ini mengecewakan akan mengurangkan keyakinan pelabur kepada pasaran US.

Jika dilihat melalui jangkaan yang dibuat, secara keseluruhan pasaran menjangkakan data NFP malam ini akan merekod penambahan pekerjaan di sekitar 175,000 sehingga 190,000 pekerjaan. Di mana, jika data sebenar berada dalam lingkungan ini akan memberi keyakinan kepada pasaran, manakala data yang jauh lebih rendah di bawah 120,000 tentunya akan mengecewakan.

Pasaran juga akan melihat data yang dikeluarkan hari ini secara terperinci sama ada terdapat kajian semula kepada bacaan 98,000 yang direkod bulan lepas.

The Fed akan meneliti data yang dikeluarkan hari ini sama ada ia menepati jangkaan yang dibuat. Catatan yang mengecewakan juga sudah tentu memberi kesan ‘bearish‘ kepada US dolar dan mengurangkan potensi kenaikan kadar pada Jun.

Dari segi pasaran saham di Wallstreet, data yang mengecewakan dijangka memberi kesan negatif kepada Wallstreet yang ketika ini terus naik. Dengan pasaran komoditi ketika ini terus jatuh, data negatif dari US sudah tentu meningkatkan kebimbangan kepada pengurangan permintaan komoditi global dan terus menekan pasaran pasaran ini.

Beri perhatian juga kepada data Averaged-hourly earnings (purata gaji per jam) kerana ia akan menjadi petunjuk kepada pergerakan inflasi. Walaupun data pekerjaan baik tetapi data ini jauh meleset kita tidak akan melihat kenaikan kukuh oleh US dolar.

Tidak lupa juga data kadar pengangguran yang dijangka akan sedikit naik kepada 4.6%. Data yang terlalu tinggi atau terlalu rendah dari jangkaan ini juga akan memberi kesan besar kepada US dolar.

Hati-hati dengan data yang bercampur-campur kerana biasanya harga akan fluctuate (turun-naik) laju dalam masa yang singkat. Dalam erti kata lain ia boleh naik dengan tinggi sebelum jatuh menjunam atau sebaliknya.

Jangan lupa tonton Moshed Live Show malam ini, tepat jam 8 malam di Page Facebook Moshed – KLIK SINI ~ Team Moshed akan buat perbincangan tentang NFP secara LIVE. Jumpa anda ya!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat